ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM Malaysia lancar model elektrik ORA Good Cat – Dua pilihan varian, harga bermula dari RM139,800

Berita Tempatan

Views

Setelah membuat penampilan pertama di Malaysian Motor Expo 2022 tiga minggu lalu, Great Wall Motor (GWM) Malaysia hari ini melancarkan model hatchback elektrik (EV) dengan gaya retro futuristik, ORA Good Cat.

Menurut Presiden Great Wall Motor Wilayah ASEAN, Elliot Zhang, ORA Good Cat yang ditawarkan dalam dua pilihan varian dijual pada harga bermula dari RM139,800 untuk 400 Pro dan RM169,800 untuk 500 Ultra.

GWM juga memperkenalkan pakej jualan ‘4-in-1 Purr-fect’ yang menarik buat para pembeli yang merangkumi mudah alih pengecas kereta dan pengecas kereta elektrik di rumah secara percuma, jaminan lima tahun atau sehingga 150,000 km, jaminan bateri selama lapan tahun atau sehingga 180,000 km, dan 5 kali upah penyelenggaraan percuma.

Model EV ini boleh didapati pilihan dengan warna tona-tunggal (monotone) dan dwitona, selain rim aloi bersaiz-18 inci dan lampu belakang dengan rekaan jejalur LED.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ruang kabin ORA Good Cat menampilkan penggunaan bahan-bahan berkualiti serta dilengkapi dengan paparan kelompok digital 7-inci dengan antara muka mesra pengguna dan kerusi urut pemandu elektronik.

Ia turut dilengkapi dengan paparan infohibur skrin sesentuh multimedia 10.25-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, tombol gear jenis dial serta tempat duduk kemasan kulit yang boleh dilipat dan mampu memuatkan sehingga 858-liter ruang simpanan.

Varian ORA Good Cat 500 Ultra mempunyai jarak tempuh sejauh 500km sekali caj, dengan lima mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Eco, Eco+, dan Auto.

EV ini juga didatangkan dengan sistem parkir pintar bersepadu dengan tiga mod parkir automatik, kamera 360-darjah berdefinisi tinggi dan “wisdom dodge system” yang boleh mengesan dan mengelak kenderaan besar lain dalam lingkungan kereta tersebut.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Dari aspek keselamatan, ORA Good Cat dilengkapi dengan sistem brek kecemasan automatik untuk pemanduan yang lebih selamat.

GWM turut menawarkan khidmat bantuan tepi jalan 24 jam oleh syarikat panel insuran lantikan GWM dan gudang alat ganti yang beroperasi di Shah Alam.

Hasil daripada acara pandu uji eksklusif GWM pada Oktober 2022, ORA Good Cat telah menerima lebih dari 100 tempahan dalam masa kurang dari tiga hari sejak tempahan awal mula dibuka dari 11 November 2022 di Malaysia Motor Expo.

Kumpulan pertamanya dijangka akan tiba pada Disember 2022, dan para pengguna juga boleh mengunjungi dan memandu uji kereta tersebut di pengedar pengedar sah di Glenmarie, Puchong, dan Penang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit GWM Malaysia

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply