ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM Malaysia mula siar iklan acah ORA 07

Berita Tempatan

Views

Nampaknya ada sebuah lagi sedan elektrik (EV) bakal dilancarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi! Akaun Facebook rasmi GWM Malaysia telah mula menyiarkan iklan acah model sedan EV dengan gaya fastback iaitu, ORA 07.

ORA 07 turut dikenali sebagai Lightning Cat di China dan ia dibangunkan dari pelantar Lemon E dari GWM. Ia telah dilancarkan secara rasmi di Thailand pada awal bulan ini dan ditawarkan dalam dua pilihan varian, iaitu:

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

  • ORA 07 Long Range – Motor elektrik tunggal berkuasa 201 kuasa kuda dan 340 Nm daya kilas pacuan roda hadapan (FWD), kelajuan maksima 170 km/j, bateri jenis litium ternary 83.5 kWj, jarak pandu 640 km (NEDC).
  • ORA 07 Performance – Dwimotor elektrik berkuasa 402 kuasa kuda dan 680 Nm daya kilas pacuan semua roda (AWD), pecutan dari 0 ke 100 km/j hanya 4.3 saat, kelajuan maksima 180 km/j, bateri jenis litium ternary 83.5 kWj, jarak pandu 550 km (NEDC).

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Menurut rakan media di PaulTan.org, harga jualan ORA 07 di Thailand adalah 1.299 juta baht (RM174,648) untuk varian Long Range, manakala varian Performance pula dijual pada harga 1.499 juta baht (RM201,655).

Dari segi rekaan, ORA 07 menampilkan gaya retro moden dan sekilas pandang ia boleh dikatakan sebagai hasil kacukan antara model Volkswagen Beetle dan Porsche Panamera.

Ukuran dimensinya pula adalah 4,871 mm panjang, 1,862 mm lebar dan 1,500 mm tinggi. Ini bermakna, ia bakal menjadi pesaing kepada Tesla Model 3 Highland dan juga BYD Seal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit GWM Malaysia dan GWM Thailand

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply