ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan awal BYD Seal mula dibuka 19 Januari!

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi BYD Cars Malaysia mula menyiarkan satu video acah model sedan elektrik BYD Seal yang akan mula dibuka untuk tempahan tiga hari lagi, iaitu pada 19 Januari 2024.

Serentak dengan itu juga, laman sesawang rasmi yang diolah semula akan mula bersiaran bersama dengan peluang untuk membuat pra-tempahan model EV terbaharu mereka secara dalam talian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

BYD Seal telah membuat kemunculan sulungnya di Malaysia bersempena acara jualan Ulang Tahun Pertama Beyond Dreams Celebration di Bukit Kiara Indoor Arena, pada Disember lalu.

Sedan EV dengan gaya reka bentuk coupe ini bakal menjadi model kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan bateri Cell-to-Body (CTB).

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Untuk pasaran tempatan, ia dijangka ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu:

  • Dynamic Standard Range – Pacuan roda belakang (RWD) dengan motor elektrik tunggal yang menjana 204 PS dan 310 Nm daya kilas. Ia dikuasakan oleh litium ion fosfat (LFP) 61.4 kWj dengan jarak pandu sehingga 510 km (NEDC).
  • Premium Extended Range – Pacuan roda belakang (RWD) dengan motor elektrik tunggal yang menjana 313 PS dan 360 Nm daya kilas. Ia dikuasakan oleh litium ion fosfat (LFP) 82.6 kWj dengan jarak pandu sehingga 650 km (NEDC).
  • Performance AWD – Pacuan semua roda belakang (AWD) dengan dwimotor elektrik yang menjana 530 PS dan 670 Nm daya kilas. Ia dikuasakan oleh litium ion fosfat (LFP) 82.6 kWj dengan jarak pandu sehingga 580 km (NEDC).

Menurut rakan media di Paultan.org, jangkaan julat harganya pula dijangka bermula dari RM180k untuk varian asas Dynamic Standard Range sehingga RM220k untuk varian mercu Performance AWD.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply