ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan milik MB Selangor kena saman parkir MBSJ

Berita Tempatan

Views

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan kenderaan miliknya disaman Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 4 Januari lalu.

Beliau yang memuat naik tangkap layar notis saman itu di aplikasi X bagaimanapun berkata, saman sebanyak RM80 itu telah selesai dibayar setelah ia dikeluarkan lebih dua minggu lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Tiba tiba dapat pesanan ringkas, notis saman parkir dari @SJcitycouncil. Saya klik ke pautan dan kurang 5 minit dapat selesaikan bayaran.

“Semenjak 2019 hampir semua PBT (pihak berkuasa tempatan) smart parking dan bayaran juga boleh dilaksana dalam talian,” katanya di aplikasi media sosial itu pada Khamis.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Dalam pada itu, Amirudin turut menasihatkan orang ramai agar membayar kompaun saman kereta masing-masing. “Ingat dapat notis saman klik bukan call Dato Bandar minta waive,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Sementara itu, berdasarkan laman web MBSJ, kadar yang dibayar oleh Amirudin merangkumi kadar caj kompaun trafik dan clamping iaitu kompaun RM20, clamping RM50 dan caj perkhidmatan RM10. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Amirudin Shari

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply