ARKIB

KATEGORI

Buletin

KPDN kaji langkah selaras harga jualan motosikal di bandar dan luar bandar

Berita Tempatan

Views

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji langkah menyelaraskan harga motosikal yang dijual di bandar dan luar bandar.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pihaknya juga sedang melihat syarat penjualan motosikal membabitkan bayaran secara tunai dan ansuran kepada pembeli agar tidak berlakunya manipulasi harga oleh pihak peniaga.

Katanya, kajian ini dimulakan dengan pembabitan pihak pengeluar motosikal, kilang, pengedar dan persatuan selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Contohnya kalau harga sesebuah model motosikal itu di Kuala Lumpur adalah RM7,800, kalau boleh satu masa kita mahukan di Gua Musang (Kelantan) juga harga sama. Itu yang kita hasratkan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pada masa ini, KPDN tidak mengawal harga motosikal yang dijual di pasaran kerana kaedah perniagaannya berbeza dengan penjualan kereta.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Harga motosikal di pasaran terbuka akan ditentukan model perniagaan bergantung kepada keadaan pasaran semasa dan harganya berbeza-beza mengikut lokasi.

Tambah beliau, sepertimana yang kita sedia sedia maklum, harga motosikal dipengaruhi penawaran dan permintaan daripada pengguna sendiri.

Bagaimanapun katanya, KPDN sentiasa memantau aktiviti serta menguatkuasakan pematuhan penandaan harga barangan dan caj perkhidmatan.

Setiap barang dipamerkan untuk jualan, peniaga diwajibkan mempamerkan tanda harga yang jelas selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk pengguna mudah membuat perbandingan dan pemilihan.

Menurutnya, sekiranya terdapat aduan kenaikan harga motosikal yang melampau, tindakan penguatkuasaan melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan diambil.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Katanya, KPDN sentiasa bertindak proaktif dalam melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap harga motosikal yang dijual secara tunai dan ansuran di pasaran.

Ia termasuk pemeriksaan ke atas institusi kewangan dan syarikat pemberi kemudahan kredit berhubung pematuhan kandungan perjanjian sewa beli selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Sewa Beli 1967.

Sekiranya terdapat perbezaan antara harga motosikal secara pembelian tunai dan ansuran, tindakan penguatkuasaan melalui Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan diambil untuk mengekang pelanggaran kesalahan berhubung gambaran yang mengelirukan mengenai harga.

Katanya, dari segi aduan terhadap penjual yang menjual motosikal pada harga tinggi, pihaknya menerima 13 aduan pada 2021, tujuh (2022) dan empat (2023).

Bagi tempoh sama dari 2021 hingga 2023, kementerian mengambil tindakan ke atas 79 kes di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212).

Beliau berkata, antara tindakan proaktif dilaksanakan KPDN bagi melindungi hak pengguna dengan menjalankan pemeriksanaan berkala di premis menjual motosikal, institusi kewangan dan pemberi kemudahan kredit.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply