ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM ORA GOOD CAT curi tumpuan ramai di majlis pelancaran stesen pengecas Electron TNB

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) melancarkan stesen pengecasan pantas DC, Electron di lebuh raya PLUS yang merupakan usaha sama antara National Energy Berhad dan PLUS Malaysia Berhad.

Buat masa ini ada tiga stesen pengecasan pantas DC Electron yang beroperasi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh (arah utara), Tapah (arah utara) dan Paka (arah utara).

Antara kenamaan (VIP) yang hadir ke majlis pelancaran itu adalah Pengarah Urusan Great Wall Motor Malaysia (GWM), Mike Cui.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Beberapa jenama automotif dengan model kenderaan tenaga baharu (NEV) telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. GWM ORA GOOD CAT turut mencuri tumpuan ramai dengan penampilannya yang cemerlang.

Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, merasmikan acara tersebut dengan ORA GOOD CAT dipilih sebagai kenderaan demonstrasi.

ORA GOOD CAT merupakan produk pertama daripada GWM yang dilancarkan di Malaysia pada 28 November 2022. Ia ditawarkan dengan dua pilihan varian, 400 Pro dan 500 Ultra.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Varian mercunya iaitu 500 Ultra mempunyai jarak tempuh sehingga 500 km dengan sekali cas. Kedua-dua varian, turut dilengkapi dengan konfigurasi bantuan pemanduan pintar.

Ujar Mike Cui, pihaknya berhasrat untuk menjadikan ORA GOOD CAT sebagai penanda aras utama industri bagi pasaran tenaga baharu di Malaysia.

GWM juga terbuka untuk meneroka peluang kerjasama dengan syarikat seperti TNB bagi mempromosikan pembangunan pasaran tenaga baharu di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply