ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hidangan Menu Rahmah kini di R&R dan hentian sebelah lebuh raya PLUS

Berita Tempatan

Views

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menawarkan Menu Rahmah di lebih 100 gerai makanan di kawasan rehat dan rawat (R&R) lebuh raya kendaliannya menjelang pertengahan bulan depan.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan, ia bagi menyahut saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta sokongan terhadap inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Fasa pertama Menu Rahmah untuk pengguna lebuh raya yang berhenti di R&R PLUS sudah mula ditawarkan sejak 23 Februari, iaitu di beberapa kawasan termasuk di hentian sebelah wilayah tengah rangkaian lebuh raya PLUS.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menurut kenyataan berkenaan, Menu Rahmah ditawarkan untuk hidangan makan tengah hari pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang serta makan malam, antara 7 petang hingga 9 malam.

 

PLUS berkata, buat permulaan, sebanyak lapan R&R dan enam hentian mula menawarkan Menu Rahmah kepada pengguna.

Antaranya, R&R Tapah (arah utara dan selatan), R&R Ulu Bernam (arah selatan), R&R Rawang (arah utara) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Selain itu, ia turut ditawarkan di R&R Seremban (arah utara), R&R Dengkil (arah utara dan selatan), Hentian Sebelah Simpang Pulai (arah utara dan selatan), Hentian Sebelah Serdang (arah utara dan selatan) dan Hentian Sebelah Nilai (arah utara dan selatan).

PLUS dalam kenyataan turut memaklumkan, bagi fasa kedua, ia melibatkan R&R dan Hentian Sebelah di wilayah utara yang dijangka dilaksanakan sebelum Khamis minggu ini.

Bagi fasa ketiga pula, ia melibatkan wilayah selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dijadual dilaksanakan sebelum Khamis minggu depan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alexander Nanta Linggi

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply