ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rasmi Pusat Alat Ganti Serantau di Kuching, rancang pengenalan model baharu dan dikemaskini tahun ini

Berita Tempatan

Views

Proton secara rasminya membuka Pusat Alat Ganti Serantaunya di Kuching, Sarawak. Dengan adanya kemudahan itu, ia mampu mengurangkan masa penghantaran alat ganti sekurang-kurangnya 30 peratus di Malaysia Timur.

Ia terletak di kawasan Perindustrian Bintawa dengan keluasan 28,000 kaki persegi. Fasiliti ini mampu menerima enam kontena berisi alat ganti di tapaknya secara serentak.

Pusat alat ganti itu kini sedang memproses dalam purata 17 buah kontena sebulan yang menggunakan keupayaan sepenuhnya untuk menyimpan stok sehingga tiga bulan. Selain itu, ia juga mampu menerima penghantaran terus dari luar negara.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, fasiliti ini adalah tiga kali lebih besar daripada gudang sebelumnya dan akan berfungsi sebagai pusat pengedaran alat ganti untuk bahagian dan komponen selepas jualan untuk Sarawak serta Sabah, sekiranya perlu.

Tambah beliau, ruang tambahan itu juga membolehkan Proton meningkatkan penghantaran sebanyak 50 peratus daripada 3,000 tempahan sebulan kepada 4,500 tempahan sebulan dengan kapasiti maksimum sebanyak 6,000 tempahan sebulan jika diperlukan.

Pada 2022, jualan kenderaan Proton di Malaysia Timur menyumbang sebanyak 15 peratus kepada jumlah jualan syarikat manakala bahagian pasaran telah berkembang daripada 10 peratus pada tahun 2018 kepada 20 peratus pada tahun 2022.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Ini merupakan satu peningkatan secara berterusan sejak tahun 2019 selepas memperkenalkan X70. Saga pula kekal sebagai model paling popular.

Tahun lalu, tiga model Proton yang menduduki tangga teratas dalam jadual jualan di Malaysia Timur ialah Saga dengan 10,242 unit diikuti X50 dengan 4,181 unit dan Persona dengan 2,605 unit.

Pada 2018 Proton menjual 7,697 unit di Malaysia Timur, namun tahun lalu mereka berjaya menjual sebanyak 19,844 unit iaitu bersamaan dengan pertumbuhan jualan sebanyak 158 peratus.

Proton menyasarkan untuk mencapai angka yang lebih besar tahun ini dengan peningkatan berterusan dalam perkhidmatan selepas jualan serta pelancaran model baharu dan dikemaskini yang ada dalam perancangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply