ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP: Honda CR-V generasi keenam mula diuji di Thailand!

Foto Intip

Views

Jika kelmarin kami menyiarkan foto wajah sebenar Honda CR-V generasi keenam versi pasaran China, semalam portal permotoran Headlightmag.com pula memuatnaik beberapa foto intip model SUV berkenaan di Thailand.

Unit ujian yang sarat dengan pelitup penyamaran itu berjaya dirakam oleh pembaca mereka bernama Sataporn Liangthanasarn. Nampaknya secara kasar, reka bentuk Honda CR-V baharu untuk pasaran Thailand tidak jauh berbeza dengan versi di China.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Meskipun masih dilitupi sepenuhnya dengan pelitup penyamaran, kita masih boleh melihat bentuk lampu depan, jeriji dan juga lampu belakang berbentuk ‘L’, yang seakan sama dengan Volvo XC60. Cuma yang sedikit berbeza adalah reka bentuk rim aloinya dengan kemasan gelap (mungkin juga dibaluti dengan pelekat).

Untuk pasaran China, pembeli hanya akan menerima unit enjin 1.5-liter empat-silinder turbocas sahaja yang menjana 190 kuasa kuda. Kuasa disalurkan kepada pacuan hadapan (FWD) atau pacuan semua roda (AWD) menerusi kotak gear CVT.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Dari segi dimensi, CR-V versi China berukuran 4,703 mm panjang, 1,866 mm lebar, 1,680 mm atau 1,690 mm tinggi bergantung pada varian. Ini bermakna, ia 80 mm lebih panjang dan 11 mm lebih lebar berbanding model sebelumnya.

Jarak antara gandarnya juga bertambah 41 mm kepada 2,701 mm, sekali gus memberikan ruang kabin yang lebih luas, dengan lima-tempat duduk dan turut berpotensi ditawarkan dengan varian tujuh-tempat duduk. Dari segi keselamatan, model ini akan dilengkapi dengan Honda Sensing yang terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Headlightmag.com / Sataporn Liangthanasarn

Honda CR-V versi pasaran China

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply