ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya dua bulan selepas kembali ke Afrika Selatan, Proton dah hantar 1,000 unit kenderaan

Berita Global

Views

Hanya dua bulan selepas membuat kemunculan semula secara rasmi ke Afrika Selatan, Proton setakat ini telah menghantar 1,000 unit kenderaan ke sana hasil populariti dua SUVnya iaitu X50 dan X70.

Menurut Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu, pihaknya mempunyai hubungan kerja yang kukuh dengan wakil pengedarnya, Kumpulan CMH yang telah mengendalikan banyak aktiviti untuk warga Afrika Selatan.

Misi syarikat untuk kembali ke pasaran di sana selepas berehat selama 10 tahun bermula apabila ia melantik CMH Group sebagai pengedarnya untuk Afrika Selatan pada bulan April 2022.

Penghantaran pertama kenderaan yang terdiri daripada X50 dan X70 berlaku pada bulan Mei 2022, manakala pelancaran semula jenama dan produk berlangsung pada 14 September 2022.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Sejak itu, CMH telah meluaskan rangkaian pengedaran secara berperingkat untuk meningkatkan akses kepada pasaran sambil turut aktif mempromosikan kenderaan Proton di media sosial.

Pada masa ini, hanya SUV Proton ditawarkan di negara itu, manakal model sedan segmen-A, Saga akan menyertai rangkaian tersebut pada tahun 2023.

Walaupun pasarannya matang dan berdaya saing, Proton dan CMH optimis terhadap prospek jualan di negara itu dan dengan prestasi jualan yang kukuh setakat ini, mereka menyasarkan untuk menggandakan jumlah jualan pada tahun 2023.

Selepas beroleh jumlah yang berganda pada tahun 2021, jualan eksport Proton terus berkembang pada tahun 2022. Jumlah eksport sehingga akhir bulan November berjumlah 5,028 unit dengan baki satu bulan sahaja lagi sebelum tahun ini melabuhkan tirainya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Pakistan kekal sebagai pasaran terbesar dengan 2,610 unit setakat tahun ini. Afrika Selatan di tempat kedua terbesar, manakala Brunei Darussalam pula berada di tempat ketiga.

Bagi kedudukan model, Saga kekal sebagai tawaran paling popular manakala X70 telah meningkat hampir dua kali ganda jumlahnya tahun ini.

Sementara itu, X50 berada di tempat ketiga tetapi telah meningkat tahun ini sebanyak tiga kali ganda setakat ini.

Tambah Steven Xu, jumlah eksport Proton terus berkembang secara agresif apabila merekai memasuki lebih banyak pasaran baharu dan mewujudkan gabungan strategi CBU dan CKD yang bergantung kepada keadaan pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply