Proton ketika ini semakin rancak menguji dua model baharu mereka, iaitu crossover MPV pertamanya, X90 (VX11) dan juga model sedan S50 (SS11).
Jika semalam kami menyiarkan foto X90 (VX11) terpaksa berhenti di tepi jalan dan mungkin mengalami kerosakan/masalah teknikal, kali ini kelibat S50 (SS11) pula dikesan di lokasi yang tidak diketahui.
Sebenarnya foto tersebut kami perolehi menerusi ruangan komen satu hantaran di Facebook yang dimuatnaik oleh individu bernama Myrule Anuar.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
Kami juga tidak dapat pastikan sama ada foto tersebut yang terkini atau pernah disiarkan di portal atau media sosial yang lain sebelum ini.
S50 (SS11) adalah model kembar kepada Geely Emgrand generasi keempat yang telah diperkenalkan ke pasaran Filipina. Model ini turut berkongsi pelantar BMA dengan SUV, Bin Yue (X50).
Dari segi dimensi, S50 (SS11) berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, dan 1,460 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya pula 2,650 mm.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Ia dikuasakan oleh enjin petrol aspirasi alami (NA) JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder petrol yang mampu menjana 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.
Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi CVT menerusi pacuan roda hadapan. Dikatakan model sedan ini mampu mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j.
Model yang bakal menjadi pengganti kepada model Prevé ini sepatutnya dijangka tiba pada suku kedua (Q2) 2023, namun pengenalannya mungkin dianjakkan sedikit lewat, iaitu pada suku keempat (Q4) 2023.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Myrule Anuar
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI