ARKIB

KATEGORI

Tular

Hanya tunjuk minat nak beli, Toyota GR Yaris Kansai D1 Edition sebenarnya bukan milik Pekin Ibrahim

Tular

Views

Baru-baru ini tular beberapa foto dan video kemalangan sebuah GR Yaris Kansai D1 Edition di Putra Height, yang dikatakan dimiliki oleh pelakon Pekin Ibrahim.

Namun, satu hantaran yang dimuatnaik oleh akaun Facebook D One Motorsports Sdn Bhd beberapa jam yang lalu boleh diibaratkan ‘plot twist’ dalam sesebuah drama atau sinetron.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut hantaran tersebut, GR Yaris Kansai D1 Edition keluaran 2022 berwarna hitam dengan nombor casis GXPA16-XXX9984 itu didaftarkan pada 3 Julai 2023 atas nama Asnina Binti Muhamad. Ini bermakna ‘hot-hatch‘ tersebut bukanlah milik Pekin Ibrahim.

Tambah kenyataan itu, Pekin Ibrahim hanya dilantik sebagai duta bagi membuat promosi di media sosial bagi syarikat tersebut sejak Mei 2023 sehingga ke satu tempoh yang telah dipersetujui.

Pemilik sebenar kereta tersebut adalah pengarah syarikat D One Motorsports Sdn Bhd, iaitu Asnina Binti Muhamad. Bukan itu sahaja, tiada sebarang pembayaran wang tempahan dan juga deposit diterima daripada aktor tersebut.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Bahkan, tiada sebarang dokumen yang diberikan Pekin Ibrahim untuk urusan pinjaman bank bagi pembelian kereta tersebut dan beliau hanya menunjukkan minat untuk membelinya.

Kata kenyataan itu lagi, segala kos pembelian kenderaan, servis di Kansai Service dan pembiayaan duta (Pekin Ibrahim) ke Jepun adalah ditanggung oleh pihak D One Motorsport.

Setakat artikel ini diterbitkan, hantaran berkenaan telah menerima lebih 290 komen dan 442 perkongsian di laman Facebook.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit D One Motorsport

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply