ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga kereta Perodua turun 3 hingga 6 peratus mulai hari ini

Berita Tempatan

Views

Perodua akan menurunkan harga kesemua modelnya (harga atas jalan tanpa insurans) antara 3 hingga 6 peratus menerusi rebat tunai sehingga 14hb Jun 2020 dan ia akan kekal sepanjang tempoh pengurangan cukai seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, walaupun tempoh pengurangan cukai bermula 15hb Jun 2020, Perodua akan memberikan rebat tunai antara 3 hingga 6 peratus bagi pembelian kenderaan keluarannya bermula hari ini.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Tambah beliau, untuk mengetahui jumlah rebat tunai yang ditawarkan serta senarai harga penuh yang akan berkuatkuasa 15hb Jun nanti, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan Perodua yang berhampiran dan bercakap dengan penasihat jualan mereka yang sah.

Dalam ucapan Rancangan Pemulihan Ekonomi pada 5hb Jun, Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelbagai langkah dan insentif untuk merangsang ekonomi di sebalik krisis COVID-19 yang sedang melanda negara.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Antara insentif untuk membantu industri automotif termasuk pengecualian cukai jualan 100 peratus bagi kenderaan pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) dan pengecualian 50 peratus bagi kenderaan yang diimport sepenuhnya (CBU) sehingga akhir tahun ini.

Antara barisan model semasa Perodua terdiri daripada Myvi, Axia, Bezza, Aruz dan Alza. Kata Datuk Zainal lagi, pengecualian penuh cukai jualan bagi kenderaan CKD meyakinkan industri automotif  dan seiring dengan kadar pinjaman yang rendah pada waktu ini, pihaknya optimis langkah ini dapat mendorong penjualan kenderaan baharu.

Perodua berjaya menjual 52,920 kenderaan dalam lima bulan pertama 2020, menguasai 41 peratus pasaran berbanding TIV yang dianggarkan sebanyak 129,401 unit setakat tahun ini (YTD). Dengan kandungan tempatan melebihi 90 peratus bagi seluruh barisan modelnya, Perodua telah membelanjakan RM5.4 bilion tahun lepas untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply