ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penjarakan sosial dalam LRT, MRT dan Monorel diteruskan – Rapid Rail

Berita Tempatan

Views

Hanya selang beberapa minit kami menyiarkan artikel berkaitan siaran media yang dikeluarkan oleh Rapid Rail Sdn Bhd berhubung penamatan peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen bermula esok, sekali lagi mereka tampil dengan kenyataan baharu.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Menerusi kenyataan ringkas di laman Facebook rasminya, Rapid Rail selaku pengendali kepada perkhidmatan rel di bawah jenama Rapid KL akur dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan penjarakan sosial di dalam LRT, MRT dan Monorel.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Polisi ini akan terus dilaksanakan sehingga keputusan baharu dibuat oleh pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu, Rapid Rail menyeru kepada semua penumpang yang akan kembali bekerja pada 10 Jun diharap dapat mematuhi polisi yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dengan pasukan Rapid KL yang bertugas di stesen.

Pengguna diminta merancang perjalanan memandangkan bilangan penumpang akan bertambah. Selain itu, pihak Rapid Rail amat menghargai komen dan pandangan rakyat Malaysia mengenai operasi perkhidmatan rel bandar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rapid KL

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply