ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga rasmi Mitsubishi Xpander RM91,368.75 – Jumlah tempahan melebihi 2,000 unit!

Berita Tempatan

Views

Sejak tempahan model MPV tujuh-tempat duduk, Mitsubishi Xpander dibuka pada 22 Oktober lalu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan mereka telah berjaya mengumpul jumlah tempahan melebihi 2,000 unit. Serentak dengan itu juga, harga rasminya turut diumumkan, iaitu RM91,368.75 dan ia hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja.

Harga tersebut merupakan harga atas jalan tanpa insuran termasuk insentif pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2020. Selain itu MMM turut memberikan waranti selama lima-tahun tanpa had perbatuan. Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang ini ditawarkan dengan empat pilihan warna yang terdiri daripada Titanium Grey, Quartz White, Diamond Black dan Red Metallic.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, pihaknya amat terharu atas sambutan yang diterima oleh model ini. Kata beliau, pihaknya akan berusaha sedaya-upaya menghantar seberapa banyak unit yang ditempah oleh para pembeli terawal secepat mungkin bagi memendekkan tempoh menunggu.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Selain itu, pelanggan juga boleh melihat model ini dengan lebih dekat dan memandu ujinya di semua bilik pameran Mitsubishi Motors seluruh negara bermula 20 November nanti. Mitsubishi Xpander dijana oleh enjin 1.5 liter MIVEC yang mampu menghasilkan 105 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm daya kilas pada 4,000 rpm. Ia digandingkan pula dengan transmisi automatik empat-kelajuan yang memberikan prestasi yang optimum dan kecekapan bahan api.

Mitsubishi Xpander menampilkan gaya ala crossover dengan jeriji Dynamic Shield yang mula diperkenalkan pada model trak pikap, Triton. Rekaan lampu depan model ini agak unik kerana lampu utamanya berada di bahagian bampar yang menggunakan jenis Bi-LED, manakala lampu siang LED (DRL) berada di atas dengan reka bentuk yang tirus.

Lampu belakangnya juga menarik dengan menampilkan jejalur pencahayaan iluminasi LED, selain bampar belakang gaya lasak dengan kemasan keluli di tengah serta rim aloi bersaiz 16-inci dengan kemasan dwitona. Dari segi dimensi, Mitsubishi Xpander mempunyai ukuran 1,730 mm tinggi, 4,475 mm panjang, 1,750 mm lebar dan jarak antara gandarnya pula ialah 2,775mm.

Ia menjadikan ruang kabinnya lebih lapang serta ruang kaki yang selesa buat semua penumpang. Xpander juga kelihatan agak tinggi dengan jarak lega tanah 205 mm. Bagi keselesaan penumpang, ia dilengkapi dengan corong pendingin hawa pada bahagian bumbung bagi menghembuskan udara nyaman pada penumpang yang duduk di baris kedua dan ketiga.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Selain itu ia dilengkapi dengan paparan unit infohiburan bersaiz 9-inci yang menyokong Apple CarPlay dan juga Android Auto. Kelompok meternya pula menggunakan jenis analog dengan paparan info bersaiz 4.2-inci. Tingkap kuasa model MPV ini pula hanya perlu diaktifkan dengan satu sentuhan sahaja.

Dari segi keselamatan Mitsubishi Xpander dilengkapi dengan dua beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan banyak lagi.

Bagi memberi lebih nilai, MMM memperkenalkan pakej pengedar sah yang terdiri daripada Pemantauan Keliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR) dan tempat duduk dibalut kemasan kulit berwarna hitam.

Berikut adalah senarai penuh harga Mitsubishi Xpander di Malaysia (harga atas jalan).

NegeriHarga OTR (RM)
Semenanjung Malaysia91,369
Sabah92,526
Sarawak92,576
Labuan87,043

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply