ARKIB

KATEGORI

Buletin

Treler terbabas akibatkan kemalangan tujuh kenderaan

Berita Tempatan

Views

Tujuh kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer 445, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara sebelum susur Tol Rawang, Gombak, berpunca daripada sebuah treler yang terbabas lewat petang tadi.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Menurut portal K! ONLINE, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kemalangan berlaku sekitar pukul 4.50 petang ketika treler tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Rawang.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, treler itu disyaki telah hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh beberapa buah kenderaan yang berada di lorong yang sama. Akibat rempuhan berkenaan, beberapa kenderaan mengalami kerosakan yang teruk.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Walaubagaimanapun, pemandu dan penumpang kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit redzuanNewsMPB dan anthraxxxx

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply