ARKIB

KATEGORI

Tular

Aktiviti lumba dan ‘drift’ kereta di R&R Denai Alam tiada permit sah

Tular

Views

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (PROLintas) mengesahkan tiada permit sah dikeluarkan membenarkan mana-mana pihak melakukan aktiviti lumba haram dan perhimpunan besar di kawasan Rehat dan Rawat Denai Alam, awal pagi semalam.

Malah, pihak Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) juga akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor bagi membendung aktiviti haram itu.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menerusi satu kenyataan semalam, hasil pemantauan mendapati terdapat beberapa kesan tayar kenderaan ditinggalkan di sepanjang laluan.

Pihak DASH juga melarang kegiatan lumba haram serta menasihatkan pengguna agar sentiasa mematuhi had laju dan peraturan di atas jalan raya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Sehubungan itu, maklum balas orang ramai amat dialu-alukan dan pihak DASH akan terus komited menyelesaikan isu yang timbul.

Sejak semalam tular klip video memaparkan beberapa kenderaan melakukan aksi ‘drift’ di kawasan Plaza Tol DASH. – UtusanTV

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply