ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hiperon Fosslin – SUV keluaran syarikat pemula dari Malaysia? Pilihan rangkaian kuasa EV atau hidrogen

Berita Global

Views

Syarikat automotif pemula dari Malaysia, Hiperon Motors (jangan terkeliru pula dengan Hyperion dari California) mula menyiarkan rekaan pertama crossover empat-pintu mewah yang dikuasakan elektrik/hidrogen, dikenali sebagai Fosslin.

Pada 2021, syarikat yang sama juga telah memperkenalkan van elektrik Hiperon Carrier. Syarikat berkenaan berhasrat untuk menghasilkan model produksi Fosslin, dengan kumpulan pertama sebanyak 10 unit akan dihantar pada suku ketiga tahun ini.

Meskipun berasal dari Malaysia, reka bentuk Fosslin dihasilkan oleh studio reka bentuk automotif Eropah, dikenali sebagai One One Lab, manakala segala proses kejuruteraan akan dibuat di Amerika Syarikat.

Buat masa ini, hanya lakaran dan juga gambaran reka bentuk model tersebut yang boleh dilihat dan tidak diketahui sama ada syarikat tersebut telah mula menghasilkan model prototaip sebenar atau pun tidak.

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,880 mm panjang, 1,990 mm lebar dan 1,689 mm tinggi. Jarak antara gandar rodanya pula adalah 2,950 mm. Ini bermakna, ia akan berada di antara segmen Tesla Model Y dan Model X.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dari segi penggayaan, Fosslin menampilkan gaya reka bentuk aerodinamik dengan muncung depan yang pendek dan kekuda sebuah coupe-SUV.

Selain itu, ia tampil dengan jeriji hadapan tertutup penuh dan bercahaya, unit lampu LED, tingkap tanpa bingkai, pintu jenis ‘suicide‘ dan spoiler ‘ekor itik’ besar yang bergabung dengan pintu but belakang.

Sekilas pandang, dari arah sisi ia agak ‘familiar‘, lantas mengingatkan kita kepada Proton Gen 2. Boleh dikatakan, Fosslin kelihatan lebih ‘seksi’ dari arah belakang.

Ruang kabinnya pula mempunyai empat tempat duduk berasingan, bumbung lutcahaya panoramik bersaiz besar, stereng tiga jejari ‘gaya-yoke’, pencahayaan ambien dan konsol tengah yang agak langsing menempatkan paparan inforia serta beberapa butang kawalan.

Menurut Hiperon, Fosslin akan didatangkan dengan skrin 17-inci OLED, namun kita tidak dapat melihatnya dengan jelas menerusi gambaran yang ada.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Antara kelengkapan lain pada model ini termasuklah kawalan suhu atomatik tiga-zon, tempat duduk dengan pemanas, perehat lengan, paparan dongak, navigasi, sistem bunyi keliling 3D, enam slot USB, pad pengecas nirwayar dan beberapa ciri Bantuan Pemandu (ADAS).

Hiperon turut menyiarkan beberapa spesifikasi teknikal model ini dan berkemungkinan besar ia adalah untuk versi elektrik. Ia didatangkan dengan pek bateri 95 kWj dengan jarak tempuh 450 km.

Motor elektriknya pula mampu menghasilkan 480 kuasa kuda dan 670 Nm daya kilas, sekali gus membolehannya memecut dari 0-100 km/j hanya dalam tempoh 5 saat dan mencecah kelajuan tertinggi 260 km/j.

Buat pemulaan, syarikat ini akan mengeluarkan lima unit Fosslin berkuasa elektrik bateri dan lima unit berkuasa hidrogen, yang akan dihantar pada suku ketiga tahun ini.

Selepas tiga bulan ujian di dunia nyata dengan pelanggan terpilih, Hiperon berjanji mereka akan menghasilkan Fosslin untuk pasaran di Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Walaubagaimanapun, harganya masih belum diumumkan buat masa ini. Model pengeluaran Hiperon Carrier LCV pula dijangka membuat kemunculan sulungnya pada suku ketiga (Q3) 2023. – Carscoop

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply