ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Fleet Solutions dan DHL Express jalin kerjasama ke arah emisi sifar

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, menerusi bahagian mobiliti perniagaan syarikat tersebut, Shell Fleet Solutions, telah memeterai perkongsian strategik untuk menyokong usaha DHL Express (Malaysia) Sdn Bhd ke arah kemampanan operasi armada syarikat.

DHL Express telah menyertai program Accelerate to Zero (A2Z) Shell Fleet Solutions yang merupakan rangkaian lengkap perkhidmatan rundingan dan penyelesaian inovatif Shell menerusi program khusus untuk membantu pelanggan dalam merancang pelaksanaan penyahkarbonan bagi mencapai emisi sifar.

Kedua-dua syarikat tersebut telah mula menjalinkan hubungan kerjasama penyahkarbonan strategik sejak Jun 2022.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Mereka akan menggunakan pengetahuan, kepakaran dan infrastruktur global dalam menyokong pertumbuhan perniagaan yang mampan menerusi penyahkarbonan armada dan peningkatan piawaian keselamatan dalam penyelesaian elektrifikasi.

Perjanjian tersebut turut menyediakan rangka kerja untuk meneroka kerjasama dalam inisiatif neutral karbon yang lain.

Menurut Pengurus Besar, Shell Fleet Solutions Malaysia, Joanna Lean, program A2Z menyokong inisiatf ini menerusi penyelesaian yang ditawarkan, merangkumi penyelesaian inovatif oleh Shell Recharge Solutions, Shell Telematics dan Shell Nature-based Solutions.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

DHL Express dan Shell Recharge Solutions juga merupakan perintis dalam bidang pengelektrikan kenderaan komersial di Malaysia.

Penyelesaian yang direka khusus oleh Shell Recharge Solutions terdiri daripada pengurusan perkakasan dan perisian yang menggunakan perisian penyelesaian hujung ke hujung bagi pengecasan EV pintar, iaitu Shell SKY.

Operasi armada DHL Express kini boleh memanfaatkan kemudahan infrastruktur pengecasan di depoh dan gudang mereka, perkhidmatan pembayaran di mana sahaja menerusi Shell Card, selain manfaat dari segi kemudahan di cawangan peruncitan apabila melaksanakan pengecasan pantas di stesen Shell.

Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo, berkata, syarikat tersebut menyasarkan untuk mencapai emisi sifar bersih menjelang 2050. Tambahnya, menerusi program ini, pihaknya boleh mengurangkan lagi impak persekitaran armada penghantaran dan beralih kepada operasi yang lebih neutral iklim.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply