ARKIB

KATEGORI

Buletin

HLYM lancar ‘skuter kayangan’ Yamaha TMax Tech Max versi CKD, harga RM74,998

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) malam tadi melancarkan model ‘skuter kayangan’, Yamaha TMax Tech Max ke pasaran Malaysia. Menampilkan reka bentuk yang bergaya dan premium, ia ditawarkan pada harga RM74,998 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran).

Tampil dengan rekaan yang lebih kompak dan sayap aerodinamik hadapan yang lebih menonjol, model baharu ini memberikan gaya premium dan sporty. Reka bentuk lampu belakang yang bermotifkan ‘boomerang’ dan lampu hadapan ‘mono-fokus’ menyerlahkan lagi gaya mewahnya.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Model pemasangan tempatan (CKD) ini ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu Dark Petrol dan Power Grey. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd., Datuk Dr. Jim Khor Mun Wei, sambutan terhadap model ini adalah di luar jangkaan.

40 unit produksi terawal telah pun habis ditempah hanya dalam tempoh dua minggu, sejak tempahannya mula dibuka. Bahkan, kumpulan kedua 40 unit lagi yang diperuntukkan untuk bulan November juga telah habis ditempah.

TMax Tech Max dibangunkan dari casis ringan dan dikuasakan oleh dua silinder selari DOHC 562cc yang digandingkan dengan transmisi CVT. Kombinasi rangkaian kuasa ini mampu menjana 47.6 kuasa kuda pada 7,500 rpm dan 55.7 Nm daya kilas pada 5,250 rpm.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Ciri Pendikit Dengan Kawalan Cip Yamaha (Y-CCT) kini didatangkan dengan Penderia Cengkaman Kedudukan Pemecut (APSG) selain tetapan suspensi baharu untuk Roda SpinForged (SFW) ringan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan penutup tangki bahan api pintar kawalan elektrik, tempat duduk belakang boleh laras dan panel suis baharu. Bukan itu sahaja, skuter maxi ini dilengkapi dengan paparan TFT warna penuh bersaiz 7-inci bersama tiga pilihan mod paparan dan ciri ketersambungan “MyRide-Link”.

Skuter TMax Tech Max boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha Big Bike mulai pertengahan bulan ini dan 100 pemilik terawal akan menerima set cenderahati korporat premium TMAX sebagai tanda penghargaan dan semua pemilik akan menerima kunci cakera keselamatan percuma, termasuk jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply