ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha NVX155 2022 kini dengan pilihan warna baharu, harga dari RM9,598

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam telah memperkenalkan model skuter Yamaha NVX155 yang dikemaskini dengan pilihan warna dan reka corak grafik baharu.

Skuter ini ditawarkan dengan empat pilihan warna baharu iaitu Mystique Ruby dan Mystique Ruby untuk varian ABS, manakala varian standard pula ditawarkan dengan pilihan wana Cyan dan Matt Grey.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

NVX155 2022 dengan pilihan warna baharu ini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara mulai 11 Oktober 2022.

Harga runcit yang disyorkan untuk varian ABS adalah RM11,498.00 dan varian standard pula dijual dengan harga RM9,598.00 (harga tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Ia dikuasakan oleh enjin silinder-tunggal 155 cc sejukan cecair SOHC dengan Variable Valve
Actuation (VVA) yang mampu menjana 15.4 PS pada 8,000 rpm dan 13.9 Nm daya kilas pada 6,500 rpm.

Pemilik baharu NVX155 2022 akan diberikan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km, selain menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 secara percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply