ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebuhraya SUKE mula kutip tol tengah malam ini

Berita Tempatan

Views

Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula jam 12.01 tengah malam ini.

Berita Harian melaporkan, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dalam kenyataan, memaklumkan kutipan tol itu membabitkan jajaran fasa satu iaitu dari persimpangan Cheras-Kajang hingga persimpangan Bukit Antarabangsa yang dibuka kepada pengguna sejak 16 September lalu.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Bayaran akan dikenakan kepada pengguna yang melalui Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang dengan kadar tol mengikut kelas kenderaan adalah seperti berikut:

  • Kereta – RM2.30
  • Lori – RM4.60
  • Treler – RM6.90
  • Teksi – RM1.20
  • Bas – RM2.30

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya dengan menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Menurut kenyataan itu, bahagian operasi SUKE akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply