ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Lewis Hamilton pindah ke Ferrari musim 2025?

Sukan Permotoran

Views

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton kemungkinan melakukan perpindahan mengejut ke Ferrari pada saingan musim 2025, menurut beberapa laporan, hari ini.

Pasukan berpangkalan di Itali itu mahu pemandu Britain berusia 39 tahun berkenaan untuk bergandingan bersama Charles Leclerc, lapor BBC, Sky, Autospor, akhbar Itali, Gazetta dello Sport dan beberapa agensi media yang lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia akan menjadi satu tindakan yang mengejutkan memandangkan Hamilton sudah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Mercedes untuk musim 2024 dan 2025.

Bagaimanapun perjanjian itu dilaporkan mengandungi klausa yang membenarkannya meninggalkan pasukan selepas semusim.

Hamilton memenangi gelaran dunia terakhirnya pada 2020 tetapi terlepas kejuaraan 2021 kepada Max Verstappen, yang juga 13 tahun lebih muda daripadanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pemandu Red Bull dari Belanda itu terus mendominasi manakala Hamilton menduduki tempat keenam dalam kedudukan pemandu pada 2022 dan ketiga pada 2023.

Ferrari, yang pernah mengakui mengadakan perbincangan dengan Hamilton pada 2019 mengenai kemungkinan menyertai pasukan itu pada masa hadapan, enggan mengulas mengenai laporan itu.

Jurucakap Ferrari berkata: “Kami tidak mengulas mengenai khabar angin.” Mercedes pula tidak menjawab apabila dihubungi AFP. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply