ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda BR-V bakal tampil dengan gaya lebih segar – Tempahan kini dibuka!

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan tempahan bagi model crossover 7-tempat duduk BR-V kini dibuka di semua 100 cawangan pengedar Honda seluruh negara. Ia dijangka diperkenalkan pada suku pertama tahun 2020.

Bold Runabout Vehicle (BR-V) mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2017. Model ini menggabungkan gaya reka bentuk SUV dan versatiliti yang mengagumkan. Ia merupakan crossover serba boleh yang berjaya menarik minat di pasaran, terutama sekali pada pelanggan yang berkeluarga.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, BR-V telah dibangunkan oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) khusus untuk pasaran ASEAN. Ia juga merupakan model pertama HRAP di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada 2017, lebih 36,000 unit BR-V telah berjaya dijual di nagara ini setakat Januari 2020. Angka ini sekali gus membolehkanya menguasai 45 peratus pegangan pada 2019  dan membantunya mengekalkan kedududukan sebagai peneraju segmen.

Model yang dikemaskini itu nanti akan tampil dengan gaya luaran yang lebih segar, terutama sekali dengan kehadiran bampar depan bersama jeriji hadapan rekaan baharu, kemasan bawah bampar baharu, antena sirip jerung dan rim aloi bersaiz 16-inci baharu.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Selain ciri-ciri baharu yang disebutkan tadi, BR-V turut dilengkapi dengan fungsi masuk tanpa kunci, dan butang penghidup enjin sebagai ciri standard. BR-V dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan 120PS dan daya kilas maksimum 145Nm.

Honda Malaysia yakin BR-V yang diperbaharui ini merupakan pilihan ideal untuk pekanggan yang berkeluarga kerana ia direka untuk memberikan lebih ruang kepada penumpang selain barangan pelbagai saiz. Tempat duduk baris ketiganya boleh dilaras 50:50 condong dan boleh direbahkan sepenuhnya bagi memaksimakan ruang kargo.

BR-V yang dipertingkatkan ini juga didatangkan dengan tempat duduk balutan kulit baharu dengan aksen merah bagi menyerahkan gaya sporty dan pengalaman selesa bagi pemandu dan juga penumpang. Untuk maklumat lanjut mengenainya atau membuat tempahan, sila hubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply