ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City facelift 2023 dilancarkan – Lima varian, harga dari RM84,900

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan model paling larisnya, iaitu City yang dikemaskini (facelift). Model ini menerima beberapa pembaharuan, terutamanya dari segi kelengkapan standard.

Berikut adalah senarai varian dan harga Honda City facelift 2023 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans):

  • Honda City 1.5S – RM84,900
  • Honda City 1.5E – RM89,900
  • Honda City 1.5V – RM94,900
  • Honda City 1.5 RS – RM99,900
  • Honda City 1.5 RS e:HEV – RM111,900

 

Secara keseluruhan lima pilihan warna ditawarkan, namun bergantung kepada varian. Warna Platinum White Pearl, Meteoroid Gray Metallic dan Ignite Red Metallic adalah untuk varian RS dan RS e:HEV.

Manakala tambahan dua lagi warna iaitu Crystal Black Pearl dan Lunar Silver Metallic pula ditawarkan untuk varian petrol yang lain.

City facelift 2023 ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin 1.5 liter aspirasi alami (NA) dan hibrid 1.5 liter e:HEV dengan sistem Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Enjin petrolnya mampu menjana 119 kuasa kuda dan 145 Nm daya kilas yang disambungkan kepada kotak gear CVT.

Versi hibridnya pula, mampu menghasilkan output sebanyak 107 kuasa kuda dan 235 Nm daya kilas yang disambungkan kepada transmisi e-CVT.

Penampilan luaran City facelift 2023 kini lebih mantap dengan beberapa perubahan kosmetik dibuat pada bahagian jeriji, bampar depan dan juga bampar belakang.

 

Varian RS menerima kemasan tambahan pada bahagian bawah bampar yang secara tidak langsung menjadikan panjang keseluruhannya kini bertambah 27 mm, menjadi 4,580 mm.

Ruang kabin City facelift 2023 boleh dikatakan tidak mengalami perubahan ketara dan masih mengekalkan reka bentuk papan pemuka pada model sebelumnya.

Untuk kemasan tempat duduk pula, varian S dan E menggunakan jenis fabrik, manakala varian V dan RS pula mendapat balutan kulit penuh.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dari segi aspek keselamatan, City facelift 2023 kini didatangkan dengan Honda Sensing secara standard untuk semua varian yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Ikuti Halaju Rendah (LSF) – Ciri baharu untuk varian RS e:HEV
  • Pemberitahuan Pergerakan Kereta Di Hadapan (LCDN) – Ciri baharu untuk varian RS e:HEV
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Brek Elak Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Cegah Terbabas (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Honda Malaysia turut menawarkan beberapa pakej Modulo untuk City facelift 2023 dengan harga bermula dari RM 1,043.00.

City facelift 2023 ditawarkan dengan waranti selama lima-tahun tanpa had perbatuan dan upah buruh percuma (untuk lima kali servis sahaja dalam tempoh 100,000 km atau lima-tahun).

Varian RS e:HEV turut didatangkan dengan waranti selama lapan-tahun tanpa had perbatuan untuk komponen baterilithium-ion‘nya. Bukan itu sahaja, Honda Malaysia juga menawarkan pilihan Honda Connect untuk varian S, E dan V.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply