ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Xforce buat kemunculan sulung global di Indonesia – Ini fakta ringkas menarik mengenainya!

Berita Global

Views

Akhirnya model Mitsubishi XFC Concept mempunyai nama rasmi. Bukan Destinator tetapi Xforce! Ya, Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors) secara rasminya melancarkan model SUV kompak baharunya di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) kali ke-30, semalam.

Apa yang menarik mengenai Mitsubishi Xforce ini? Jom kita rungkaikannya!

Reka bentuk luaran

Reka bentuk Xforce adalah berkonsepkan “Silky & Solid” dengan menampilkan keaslian rekaan SUV yang bergabung dengan elegan dan keteguhan.

Bahagian atas badannya mengetengahkan rekaan bumbung terapung dan permukaan licin yang bermula dari ‘lambang tiga berlian’ di hadapan dan mengalir sepanjang sisi ke bahagian belakang.

Bahagian bawah badannya pula memperlihatkan perkadaran yang kukuh menerusi rekaan fender berotot. Rekaan jeriji “Dynamic Shield” SUV ini turut berevolusi sejajar dengan konsep reka bentuknya.

Reka bentuk dalaman

Ruang kabin Xforce nampak kemas dan agak minimalis dengan rekaan mendatar. Ia menampilkan papan pemuka dengan panel kelompok digital bersaiz 8-inci yang seolah-olah bersambung dengan unit inforia Smartphone-link Display Audio (SDA) bersaiz 12.3-inci.

Kemasan papan pemukanya pula menggunakan fabrik jenis ‘Melange‘ yang kelihatan seperti balutan pada sofa di ruang tamu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dimensi

Dari segi dimensi, SUV kompak ini berukuran 4,390 mm panjang, 1,810 mm lebar dan 1,660 mm tinggi, manakala jarak lega permukaannya adalah 222 mm. Ini bermakna, Xforce berada dalam kategori SUV segmen-B penuh.

Rangkaian kuasa

Xforce didatangkan dengan enjin aspirasi alami (NA) 4A91 1.5-liter DOHC Mivec yang menjana output sebanyak 105 PS dan 141 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan enjin menerusi transmisi CVT yang memacu roda hadapan (2WD) sahaja.

Mod pemanduan

SUV kompak ini menawarkan empat pilihan mod pemanduan yang terdiri daripada Normal, Wet, Gravel, dan Mud yang dihasilkan oleh sistem Active Yaw Control (AYC) yang akan melaraskan daya kilas antara roda kiri dan kanan di hadapan.

Suspensi

Model SUV ini dilengkapi dengan suspensi hadapan MacPherson dan suspensi belakang rasuk kilasan (torsion beam) yang ditala mengikut keperluan pemandu di rantau ASEAN.

Bukan itu sahaja, Mitsubishi berkata SUV ini didatangkan dengan set bushing suspensi belakang yang dipertingkat, serta silinder penyerap hentakan bersaiz besar.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sistem audio

Buat julung kalinya model SUV kompak ini dilengkapi dengan sistem bunyi serba baharu, “Dynamic Sound Yamaha Premium“. Ia merupakan hasil kolaborasi antara Mitsubishi Motors bersama pengeluar alat muzik dan perkakasan audio, Yamaha Corporation.

Ia menampilkan lapan pembesar suara yang merangkumi dua tweeter, woofer dan dua pembesar suara coaxial dua hala. Selain itu, empat pilihan tetapan bunyi untuk ‘halwa telinga’ turut ditawarkan, antaranya Lively, Signature, Powerful dan Relaxing.

Keselamatan

Dari aspek keselamatan, Xforce dilengkapi dengan enam-beg udara serta sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang terdiri daripada:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Pencegahan Perlanggaran Hadapan (FCM)
  • Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)
  • Notifikasi Pegerakan Kereta Di Hadapan (LCDN)
  • Amaran Titik Buta dengan fungsi Bantuan Tukar Lorong (BSW/LCA)
  • Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA)

Pilihan warna

Xforce ditawarkan dengan enam pilihan warna yang ranggi iaitu Jet Black Meca, Quartz White Pearl, Graphite Gray Metallic, Blade Silver Metallic, Energetic Yellow Metallic dan Red Metallic.

Masuk pasaran Malaysia tak?

Menurut Mitsubishi Motors, Xforce akan dilancarkan di Vietnam dan Filipina termasuk negara lain di rantau Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika.

Jadi Malaysia mungkin menjadi salah satu destinasi pasaran Xforce pada masa akan datang. Sama ada dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan atau didatangkan terus dari kilang pengeluaran Mitsubishi Motors Krama Yudha, Bekasi, Jawa Barat, Indonesia, itu semua terpulang pada Mitsubishi Motors Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply