Yang ditunggu telah tiba! Honda Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan pencabar terbaharu dalam kategori hatchback segmen-B, iaitu Honda City Hatchback. Model yang secara teknikalnya menggantikan Jazz ini ditawarkan dalam empat pilihan varian, bermula dari varian asas 1.5 S, 1.5 E, 1.5 V dan satu varian hibrid, iaitu RS e:HEV.
Berikut adalah harga yang ditawarkan mengikut varian:
- Honda City Hatchback 1.5 S – RM75,670
- Honda City Hatchback 1.5 E – RM83,080
- Honda City Hatchback 1.5 V – RM87,860
- Honda City Hatchback RS e:HEV – akan diumumkan kelak
City Hatchback akan ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa, iaitu e:HEV dan petrol. Varian City Hatchback RS e:HEV dijana oleh trenkuasa 1.5L Sports intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang menampilkan sistem hibrid menggandingkan enjin petrol dan motor elektrik. Ia digandingkan pula dengan transmisi e-CVT.
Ia mampu menjana kuasa sebanyak 109PS dengan 253Nm daya kilas, setanding dengan enjin dalam kereta segmen-D. Versi petrolnya pula dijana oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan 121PS dan 145Nm daya kilas. Trenkuasa ini dipadankan dengan transmisi CVT.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
Dari segi penampilan, City Hatchback diberikan penggayaan berkonsepkan ‘Energetic Hatchback‘, manakala varian RS e:HEV tampil lebih sporty dan premium.
Spesifikasi ringkas mengikut varian:
Honda City Hatchback 1.5 S
- Lampu hadapan projektor halogen bersama lampu siang (DRL)
- Lampu belakang LED
- Rim aloi 15-inci kemasan Sparkle Silver
- Sistem kemasukan tanpa kunci
- Butang penghidup enjin
- Kemasan tempat duduk fabrik
- Pendingin hawa manual
Honda City Hatchback 1.5 E (tambahan dari varian 1.5 S)
- Rim aloi 16-inci kemasan Shark Grey M
- Sistem penghidup enjin secara kawalan jauh
- Pendingin hawa automatik zon tunggal
- Tuil penukar gear pada stereng (paddle shifter)
- Kawalan jelajah
- Sistem infohibur skrin sentuh 8-inci bersama sokongan Apple Carplay dan Android Auto
- Kamera undur
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
Honda City Hatchback 1.5 V (tambahan dari varian 1.5 E)
- Lampu hadapan jenis LED
- Lampu kabus jenis LED
- Rim aloi 16-inci kemasan dwitona
- Sistem audio 8 pembesar suara
- Honda LaneWatch
- Enam beg udara
Honda City Hatchback RS e:HEV (tambahan dari varian 1.5 V)
- Honda SENSING
- Honda CONNECT
- Corong pendingin hawa di belakang
- Kemasan tempat duduk gabungan kulit dan suede
- Brek Parkir Elektrik (EPB)
Untuk pilihan warna, varian V, E dan S ditawarkan dengan lima pilihan warna termasuk dua warna baharu, Ignited Red Metallic dan Meteroid Gray Metallic.
Warna-warna lain termasuklah Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic dan Crystal Black Pearl. Bagi RS e:HEV pula, ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Ignited Red Metallic, Platinum White Pearl dan Meteroid Gray Metallic.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
KOMEN TERKINI