ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City RS i-MMD kini dengan Honda SENSING

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan model generasi kelima, City RS i-MMD akan ditawarkan dengan teknologi Honda SENSING. Ciri keselamatan termaju ini dibangunkan oleh Honda bagi memenuhi objektif ‘Keselamatan buat Semua’ dan untuk merealisasikan masyarakat tanpa kemalangan.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama, pihaknya yakin model ini bakal mengujakan warga Malaysia dengan teknologi keselamatan termaju serta ciri-ciri yang melangkaui segmennya. Tambah beliau, mereka juga gembira dengan maklum balas positif dan minat yang tinggi daripada orang ramai, malah jumlah tempahan juga amat memberangsangkan.

City RS i-MMD merupakan model pertama dalam segmennya yang menampilkan ciri penghidup enjin kawalan jauh, Honda LaneWatch dan brek parkir elektronik. Antara teknologi Honda SENSING yang ada pada model ini ialah:

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

  1. Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  2. Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  3. Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  4. Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  5. Penghindar Terbabas (RDM)
  6. Amaran Keluar Lorong (LDW)
  7. Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Tambah Ishiyama, untuk model ini, pihaknya telah melaksanakan beberapa penambahbaikan teknologi untuk kemudahan di kilang pembuatan Melaka seperti pengimpalan rangka dalaman baharu untuk meningkatkan ketegaran badannya dan busa poliuretana semburan baharu bagi mengurangkan bunyi dan getaran badan.

Selain itu, Honda Malaysia merupakan yang pertama dan satu-satunya pengeluar kereta di negara ini yang memasang Unit Kuasa Pintar (IPU) dari komponen bateri lithium-ion di mana proses pemasangannya setanding dengan teknologi yang ada di Honda Jepun.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

City serba baharu menampilkan gaya rekaan yang moden dan sporty dengan dimensi ukuran 4,553 mm panjang, 1,748 mm lebar dan 1,467 mm tinggi. Berbanding dengan generasi terdahulu, model baharu kini lebih panjang 111 mm, lebih lebar 54 mm dan lebih rendah 10 mm sekaligus menjadikannya yang paling besar dalam segmen-B dan hampir setara dengan sedan segmen-C.

Ia ditawarkan dengan empat pilihan varian baharu, dengan varian RS yang dikuasakan oleh penjana pintar Pelbagai-Mod Pemanduan (i-MMD) yang menghasilkan daya kilas maksima 253Nm, tertinggi dalam kelasnya serta setanding dengan prestasi model segmen-D. Model ini juga akan turut ditawarkan dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu yang memberikan keseimbangan dalam prestasi dan juga kecekapan bahan api.

Tempahan untuk model ini telah mula dibuka pada 14 Ogos lalu di semua 101 pengedar sah Honda Malaysia seluruh negara. Pelanggan akan menerima Baucar Servis bernilai RM1,000 jika membuat tempahan sekarang menerusi ‘Program Khas Tempahan Terawal‘. Selain itu, orang juga boleh melihat kereta ini dengan lebih dekat menerusi program jerayawara di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply