Ini berita yang pastinya menggembirakan para penyokong pasukan MotoGP, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team! Menerusi satu kenyataan media sebentar tadi, pasukan tersebut mengumumkan Juara Dunia sembilan kali Valentino Rossi sah menyertai pasukan dari Malaysia itu dan bakal bergandingan bersama rakan sepasukan Franco Morbidelli untuk musim 2021.
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
Valentino Rossi merupakan salah seorang legenda dalam perlumbaan MotoGP, menyertai kategori perdana sejak tahun 2000 dan merupakan satu-satunya pelumba dalam sejarah perlumbaan tersebut yang memenangi kesemua kategori, 125, 250, 500 dan MotoGP. Dalam kelas perdana sahaja, beliau telah berjaya menggondol tujuh kejuaraan dunia, 89 kali kemenangan, 199 kali naik podium, 55 kali petak pertama dan 76 kali mencatat masa terpantas.
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
Untuk musim depan, beliau akan menunggang jentera Yamaha YZR-M1 untuk musim kesembilan berturut-turut. Meskipun hanya masuk musim ketiga dalam saingan kategori MotoGP tahun depan, pasukan satelit Yamaha ini telah berjaya mencatat enam kali petak pertama, tujuh podium dan memenangi Kejuaraan Pasukan Bebas. Tahun ini sahaja menyaksikan pasukan tersebut mencatat dua kali petak pertama, empat kali podium dan tiga kali kemenangan.
Menurut bos pasukan Datuk Razlan Razali, pihaknya dan rakan kongsi amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan seorang pelumba ikon dan legenda, Valentino Rossi ke dalam pasukan musim depan. Tambah beliau, pihaknya berharap dapat melakukan yang terbaik untuk membantu Rossi bersaing dengan kompetitif bagi memberi ganjaran kepadanya kerana mempercayai pasukan tersebut. Kata beliau lagi, pihaknya percaya kombinasi Valentino dan Franco bakal menjadi duo yang ‘menyengat’ di litar dan mereka tidak sabar untuk menyaksikannya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
KOMEN TERKINI