ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic facelift 2020 kekal terajui segmen C – Lebih 2,900 unit telah diserahkan

Berita Tempatan

Views

Sejak dilancarkan pada Februari lalu, Honda Civic facelift 2020 terus kekal menghuni tangga teratas dalam carta jualan kereta segmen-C. Menerusi satu kenyataan media semalam, Honda Malaysia memaklumkan, lebih 2,900 unit model ini telah pun diserahkan kepada pemiliknya dan angka ini secara tidak langsung mewakili 70 peratus dari perkongsian pasaran dalam segmen tersebut di seluruh negara.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Setakat bulan Jun, Civic facelift 2020 telah menerima lebih 6,500 tempahan dengan tempoh menunggu kira-kira sebulan. Model ini mendapat sambutan hangat di kawasan Tengah yang menyumbang 44 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan diikuti oleh kawasan Selatan dengan 17 peratus dan kawasan Utara 15 peratus. Warna White Orchid Pearl paling diminati oleh ramai pelanggan dengan menyumbang 42 peratus daripada jumlah jualan keseluruhannya.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama, meskipun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kebanyakan perniagaan telah kembali beroperasi mengikut garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat dari Kerajaan.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Tambahnya, dengan adanya insentif pengecualian cukai jualan menerusi pelan pemulihan ekonomi PENJANA, pihaknya yakin dapat membantu proses pemulihan industri automotif untuk beberapa bulan akan datang. Dalam masa yang sama juga, Honda Malaysia turut mneluarkan senarai harga baharu model Civic facelift yang menyaksikan penurunan harga sehingga RM5,000.

Berikut adalah senarai harga baharu Honda Civic facelift 2020:

VarianWarnaHarga atas jalan****Selepas Pengecualian Cukai Jalan

(RM)

1.8SStandard109,326.51
White Orchid Pearl109,599.24
1.5 TCStandard125,081.09
White Orchid Pearl125,353.82
1.5 TC-PStandard134,661.28
White Orchid Pearl134,934.00

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply