ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Peugeot Landtrek pemanduan kiri (LHD) sedang diuji sekitar Alor Setar

Foto Intip

Views

Kami baharu sahaja menerima beberapa foto intip trak pikap Peugeot Landtrek yang dikesan sedang menjalani ujian jalan raya sekitar Alor Setar. Kelibat trak pikap berwarna hijau yang dengan sedikit pelekat penyamaran itu telah berjaya dikesan oleh rakan pembaca, Ahmad Moen petang tadi.

Menurutnya, unit ujian trak pikap itu dilihat sedang menghala ke Jeti Langkawi di Kuala Kedah, namun destinasi sebenarnya tidak diketahui. Jika anda perasan, kelihatan satu pelekat kecil pada bahagian pintu belakang yang menunjukkan kenderaan ini adalah unit pemanduan kiri (LHD).

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Tambahnya, trak pikap ini dipandu pada kelajuan yang agak tinggi dan ia mungkin untuk tujuan mengumpul input data selain mengelakkannya diintip oleh orang awam. Landtrek merupakan trak pikap yang dihasilkan khusus untuk pasaran di negara Afrika dan Amerika Latin.

Ia merupakan model tukar lencana (rebadged) berasaskan model Changan Kaicheng F70 yang diperkenalkan di China tahun lalu. Peugeot Landtrek dijangka mula dijual di pasaran Afrika dan Amerika Latin pada penghujung tahun ini.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Trak pikap ini dijana dengan pilihan enjin petrol dan juga diesel. Untuk versi petrol, ia dijana oleh enjin 2.4 liter turbo yang mampu menghasilkan 210 kuasa kuda dan 320 Nm daya kilas yang disambungkan dengan pilihan transmisi manual enam-kelajuan atau enam-kelajuan automatik yang dilengkapi dengan mod pemanduan Sport dan Eco.

Versi diesel pula dikuasakan oleh enjin 1.9 liter VGT yang mampu menjana 150 kuasa kuda dan 350 Nm daya kilas yang hanya dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan. Penampilan luaran Landtrek berbeza dengan Kaicheng F70 terutama sekali dengan kehadiran lenggok reka bentuk Peugeot yang lebih garang dengan jeriji dan ‘logo singa’ yang agak besar.

Perubahan paling ketara adalah di bahagian dalaman, yang menampilkan papan pemuka dengan gaya lebih moden yang dipengaruhi oleh reka bentuk i-Cockpit Peugeot yang nampak futuristik, kemas dan mewah. Trak pikap ini ditawarkan pilihan badan cab casis, cab tunggal dan cab kembar, serta pilihan sama ada pacuan empat roda atau dua roda di belakang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Peugeot Landtrek

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply