ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda tayang video acah prototaip Honda Civic generasi ke-11 – Bakal diperkenalkan pada 17 November ini!

Berita Global

Views
Something is Taking Shape

Sejak semalam, Honda mula mengusik jiwa peminat permotoran menerusi siri iklan acah pertama, prototaip Civic generasi ke-11 menerusi saluran media sosialnya. Meskipun model semasanya yang digelar “Civic Ketam” masih lagi diminati, namun hakikatnya ia sudah melepasi usia separuh kitaran hayatnya. Jadi sampai masanya untuk generasi seterusnya meneruskan legasi Civic yang dijangka membuat kemunculannya sulungnya tahun hadapan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Unit ujian Civic generasi ke-11 yang sarat dengan pelitup celoreng sudah mula diuji di jalan raya dan telah beberapa kali ia ditemui di negara jiran kita, Thailand. Bukan itu sahaja, imej paten reka bentuknya dalam versi sedan dan juga hatchback, telah pun tertiris dalam artikel kami sebelum ini.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Civic generasi ke-11 menampilkan gaya reka bentuk yang mirip Accord dengan rekaan yang lebih ringkas tetapi nampak lebih elegan dan dalam masa yang sama masih mengekalkan imej sportynya. Paling ketara, tiada lagi lampu ala ‘sepit ketam’ dan ia digantikan dengan sepasang lampu melintang yang menampilkan jejalur cahaya LED.

Kami difahamkan generasi baharu Civic akan mula dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia pada suku ketiga tahun hadapan dan bakal dilancarkan setelah fasa pengeluaran massa bermula. Honda dijangka memperkenalkan prototaip Civic generasi ke-11 pada 17 November 2020.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Imej paten Honda Civic sedan generasi ke-11 (2022)

Imej paten Honda Civic hatchback generasi ke-11 (2022)

Perbandingan imej paten Honda Civic hatchback generasi ke-11 dengan generasi ke-10

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply