Akaun Facebook rasmi Honda Car India sejak semalam telah menyiarkan iklan acah terbaharu model SUV Honda Elevate yang bakal membuat kemunculan sulung global pada 6 Jun 2023.
Elevate bakal menjadi produk ketiga dari yang dihasilkan oleh Honda di India. Iklan acah itu menunjukkan Elevate dari pandangan atas yang memperlihatkan bumbung lut cahaya dan antena jenis ‘sirip jerung’.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Model SUV ini juga kelihatan menggunakan kombinasi garisan-garisan lurus dan bentuk yang agak ringkas. Elevate dibina berasaskan pelantar model Amaze yang telah diubah suai.
Ia bukanlah kereta yang berukuran di bawah 4 meter, bahkan lebih panjang dan akan berentap dengan ‘lautan’ model crossover dan SUV bersaiz sederhana di pasaran negara tersebut.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Honda dijangka akan menawarkan pilihan enjin petrol 1.5-liter i-VTEC aspirasi alami (NA) semasa pelancaran model itu nanti. Satu lagi pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin petrol 1.5-liter hibrid dari model City facelift akan menyusul kemudian.
SUV ini juga akan didatangkan dengan teknologi bantuan pemandu Honda Sensing dan turut dilengkapi ciri-ciri seperti kamera 360 darjah, tempat duduk hadapan berliang/ventilasi, pengecas nirwayar dan banyak lagi.
Fasa pengeluaran Elevate dijangka bermula menjelang bulan Julai dan ia bakal tiba di bilik pameran Honda sebelum musim perayaan tahun ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Honda Car India
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI