ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ingress Swede Automobile lancar program kenderaan pra-milik Volvo SELEKT

Berita Tempatan

Views

Ingress Swede Automobile kini menawarkan program kenderaan pra-milik Volvo SELEKT yang beroperasi di Mutiara Damansara.

Ia menampilkan pelbagai kenderaan Volvo terpakai berkualiti tinggi yang melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh.

Program ini akan memenuhi keperluan kumpulan pelanggan automotif yang mencari gaya dan kualiti ikonik Scandinavia yang sering dikaitkan dengan kereta Volvo.

Menerusi Volvo SELEKT, pelanggan juga dijanjikan perkhidmatan yang profesional dan ketenangan dalam setiap pembelian.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurut Pengarah Urusan Ingress Swede Automobile, Rabian Ab Rahman, pihaknya sentiasa berusaha meneroka peluang baharu agar terus berkembang dan berinovasi dalam industri automotif di Malaysia.

Pelancaran program ini merupakan langkah strategik yang membolehkan mereka memanfaatkan pasaran yang sedang berkembang pesat, sekali gus turut mengukuhkan kerjasama yang terjalin dengan Volvo Car Malaysia.

Setiap kenderaan Volvo terpakai di bawah program SELEKT menjalani proses ujian dan pemeriksaan
menyeluruh 125 mata untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi.

Setiap kenderaan turut dilengkapi dengan jaminan minimum selama 12 bulan, perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam, dan hanya kenderaan bebas kemalangan termasuk banjir yang diluluskan.

Kenderaan ini turut diberikan jaminan kurang dari 5 tahun atau 100,000 km jarak perbatuan, serta pelbagai pilihan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan dan bajet yang berbeza.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Berikut adalah kelebihan istimewa yang ditawarkan oleh program Volvo SELEKT Ingress Swede Automobile:

  • Pemulihan dengan teliti: Semua kenderaan diubahsuai dengan teliti menggunakan hanya bahagian dan aksesori tulen Volvo semasa proses pemulihan dengan kemaskini perisian terkini.
  • Rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan: Semua kenderaan akan menjalani pengesahan rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan bagi memastikan kualiti terbaik kenderaan yang ditawarkan kepada pelanggan.
  • Pakej perkhidmatan: Pakej Perkhidmatan Penyelenggaraan Volvo (VSA)-5 atau 3 ditawarkan untuk mengurangkan kos pemilikan jangka panjang bagi pemilik baharu. Kenderaan Volvo SELEKT juga
    dilengkapi dengan pakej penyelenggaraan percuma sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Pakar yang sah dan terlatih: Warga kerja di pusat servis Volvo SELEKT yang terlatih dan
    berkemahiran tinggi untuk menjelaskan semua ciri dan fungsi kenderaan secara terperinci.
  • Lokasi strategik: Terletak di Lembah Klang, menjadikannya mudah diakses oleh pelanggan.

Penyelia Pengedar Utama Ingress Swede Automobile, Encik Azeman Akram berkata, pihaknya percaya bahawa langkah ini amat dihargai oleh para pelanggan yang semakin peka terhadap isu alam sekitar lestari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply