ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda HR-V kekal sebagai SUV kompak nombor satu di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah mengumumkan model SUV HR-V facelift telah berjaya mencatat jualan lebih dari 14,800 unit antara bulan Januari dan November 2019. Ini sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai SUV nombor satu dalam segmennya. HR-V juga berjaya menguasai 79 peratus pegangan pasaran dalam segmen SUV kompak untuk menjadi model terlaris di Malaysia.

Model HR-V mula diperkenalkan pada 2015 dan ia terus mengekalkan konsistensinya untuk kekal di kedudukan teratas dalam segmennya selama empat tahun berturut-turut dengan purata pegagangan pasaran 76 peratus dan jumlah jualannya melebihi 87,000 unit setakat November 2019. HR-V juga merupakan model kedua paling laris Honda Malaysia dengan menyumbang 19 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan syarikat setakat November 2019.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Lembah Klang merekodkan jualan tertinggi dengan 49 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia, diikuti wilayah Utara dengan 17 peratus. Mengulas mengenai pencapaian ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata, model HR-V merupakan model pertama dari jenama tersebut yang memperkenalkan varian RS, selain varian hibrid. Kedua-dua varian petrol dan hibrid terus diterima oleh pasaran Malaysia dan mengekalkan kedudukan dalam segmennya.

Buat pertama kalinya warna Passion Red Pearl diperkenalkan oleh Honda Malaysia dan HR-V menjadi yang pertama menggunakannya. Warna ini telah mendapat respons positif dan berjaya menguasai 29 peratus dari jumlah pilihan warna HR-V. Model ini ditawarkan dengan empat pilihan varian – Hybrid, RS, V dand E. Varian petrol dijana oleh enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi CVT dengan teknologi Honda Earth Dream.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Varian Sport Hybrid i-DCD pula dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan Pancitan Terus yang digabungkan dengan transmisi 7-kelajuan Dwi-Klac dan Motor Kuasa Tinggi Bersepadu. Dibantu dengan Bateri Lithium-Ion Kuasa Tinggi, kombinasi output dari enjin dan motor mampu menjana tenaga hibrid yang setanding dengan prestasi enjin 2.0 liter.

HR-V dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik seperti Kamera pandang Belakang Pelbagai-Sudut, Tempat Duduk Kuasa 8-cara (varian RS & V), Kamera Pantau Lorong (varian RS & V), Kawalan Jelajah, Tuil gear tangan selain ciri-ciri keselamatan standard yang menampilkan enam beg udara, Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan ISO Fix.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply