ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan perlu kaji cadangan hadkan kelajuan kapchai – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Kerajaan sedang meneliti cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai kapcai kepada 70km/jam, terutam sekali dari segi kesan pelaksanaannya kerana ia melibatkan kira-kira 10 juta pemilik motosikal berdaftar di negara ini.

Sinar Harian melaporkan Menteri Pengangkutan berkata, Anthony Loke Siew Fook, selain melibatkan isu keselamatan, kewajaran cadangan itu juga perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan sejauh mana ia dapat dilaksanakan.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Jelas beliau, pihaknya tahu ada cadangan untuk mengehadkan (kelajuan) kapcai, tetapi dalam keadaan di Malaysia, ia melibatkan ramai pemilik, mungkin dalam lingkungan 10 juta pemilik kapcai di negara ini. Tambahnya, keputusan ini bakal memberi kesan yang sangat besar, namun beliau tidak menolak cadangan itu tetapi daripada segi ‘praktikaliti’ untuk melaksanakan cadangan itu perlu dilihat daripada pelbagai sudut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu bagi program ‘Jendela Fikir’ terbitan Bernama Radio, di Ibu Pejabat pertubuhan berita itu. Ogos lalu, Menteri Kerja Raya Baru Bian dilaporkan berkata, saranan untuk mengenakan peraturan had laju kepada penunggang motosikal kapcai masih belum boleh dilaksanakan memandangkan ia memerlukan pemerhatian yang teliti untuk satu tempoh yang panjang.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Sebelum ini, The Safety First Group iaitu kumpulan prokeselamatan jalan raya, menggesa kerajaan untuk menguatkuasakan had laju 70km/j untuk motosikal kapcai selain meminta lebih banyak laluan khas motosikal dibina bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan golongan itu.

Mengulas tentang cadangan supaya mewujudkan laluan khas penunggang motosikal di sebelah kiri jalan raya, Loke berkata ia akan dikemukakan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk dijadikan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menurutnya, cadangan itu merupakan konsep yang baik, bagaimanapun pelaksanaannya memerlukan perbelanjaan yang besar seperti membina struktur jalan dan sebagainya. Kata Loke lagi, kerajaan berharap dapat membina laluan khas motosikal ini dan juga menyediakan rekaan lebuh raya (yang sesuai) pada masa hadapan dengan mengambil kira perkara itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply