ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda lancar Winner X (RS150R V2) di Vietnam, kini dengan ABS

Berita Global

Views

Nampaknya peminat jentera dua roda di Vietnam sangat bertuah kerana mereka adalah yang pertama dapat menikmati supermoped Honda Winner X (RS150R V2). Semalam, Honda Vietnam telah melancarkan model tersebut dalam satu acara besar-besaran bertempat di gelanggang bolasepak keramat mereka, Stadium My Dinh yang dihadiri oleh puluhan ribu pengunjung.

Di Malaysia kapchai ini kenali dengan nama RS150R dan besar kemungkinan Honda Winner X akan dikenali dengan RS150R V2 apabila ia dilancarkan nanti. Menurut laman sesawang rasmi Honda Vietnam, model ini dikuasakan oleh silinder tunggal PGM-FI DOHC bersesaran 149.1 cc yang mampu menjana kuasa maksima  15.4 hp pada 9,000 rpm dengan daya kilas maksima 13.5 Nm pada 6,500 rpm.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Ia dipadankan pula dengan transmisi 6-kelajuan. Dari segi reka bentuk ia menampilkan rekaan yang lebih sporty dan agresif. Kali ini pasukan reka bentuk Honda banyak menggunakan permukaan yang runcing selain lampu hadapan dan belakang LED serta penggunaan meter digital LCD yang memaparkan pelbagai informasi. Yang menarik, ia merupakan kapchai yang pertama di Vietnam yang dilengkapi dengan fungsi Brek Anti-Kunci (ABS).

Varian tanpa ABS turut ditawarkan dan di Vietnam, Honda Winner X akan mempunyai 3 pilihan varian, iaitu:

  • Winner X CBS – 45.99 juta dong (RM8,098)
  • Winner X ABS Camo – 48.99 juta dong (RM8,626)
  • Winner X ABS Black Matte – 49.49 juta dong (RM8,714)

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Dari segi harga ia dikatakan sedikit naik namun dengan penambaikan yang dibuat sememangnya ia sangat berbaloi. Honda Winner X akan ditawarkan dalam beberapa pilihan kombinasi warna menarik, antaranya merah/perak, biru/hitam, hitam/perak/biru, dan hitam/perak/merah untuk varian CBS, merah/perak dan hitam/perak/biru untuk varian ABS Camo manakala warna hitam/emas/perak untuk varian ABS Black Matte.

Honda Vietnam turut menawarkan jaminan sehingga 3 tahun atau 30,000km untuk model ini. Adakah Boon Siew Honda akan membawa model ini ke Malaysia dalam masa terdekat? Adakah Honda Winner X (RS150R V2) bakal menjadi kegilaan mat-mat motor di Malaysia dan berjaya menggugat populariti Yamaha Y15ZR?

Kita tengok siapa yang menang!

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply