ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geng penyamun angkup brek buat hal lagi di Pulau Pinang – Motosikal milik warga Thailand pula jadi mangsa

Berita Tempatan

Views

Memalukan! Kes kecurian angkup brek motosikal berkuasa tinggi kini semakin menjadi-jadi di Malaysia. Dalam artikel kami beberapa hari lalu dua buah superbike telah menjadi mangsa di Bandar Baru Bangi. Kira-kira lima jam tadi, pemilik akaun Facebook Wan Yoshiki telah memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan bukti kecurian angkup brek sebuah motosikal Ducati Multistrada 1200 S Touring di Gurney Plaza Hotel, Pulau Pinang yang beraku hari ini.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Motosikal tersebut pula adalah milik seorang warga Thailand yang menyertai satu acara konvoi. Ini bukan kes kecurian angkup brek motosikal milik warga asing yang pertama berlaku di negeri itu, kerana beberapa bulan lalu kami pernah menyiarkan kisah seorang warga Perancis yang turut menimpa nasib yang sama ketika singgah di sana.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Kami difahamkan pihak hotel telah bersetuju untuk memberi penginapan percuma kepada para peserta konvoi dari Thailand ini semalaman lagi dan mereka juga akan dibawa menaiki van untuk bersiar-siar di tempat-tempat menarik sekitar Pulau Pinang sementara menunggu alat ganti sampai dan siap dipasang. Esok konvoi tersebut akan meneruskan perjalanan ke Melaka.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply