ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta Nasional Ketiga mungkin ada penglibatan Perodua

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu wawancara eksklusif di portal The Edge, syarikat utama yang telah dipilih oleh kerajaan sebagai peneraju Projek Kereta Nasional Ketiga, DreamEDGE Sdn. Bhd mungkin mendapatkan bantuan sokongan daripada Perodua. Dalam pengumuman yang dibuat sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan berkata, syarikatnya bakal mendapat bantuan teknikal daripada Daihatsu yang juga merupakan rakan teknikal Perodua.

JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0

DreamEDGE dikatakan telah berhubung dengan Perodua untuk turut terlibat dalam projek ini sebagai pemasang kontrak dan mungkin juga mereka akan terlibat secara langsung dalam memberi input semasa proses reka bentuk model serta komponennya. Namun, buat masa ini belum ada sebarang pengesahan dibuat dari kedua-dua belah pihak.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Model pertama yang bakal dihasilkan oleh DreamEDGE nanti adalah sebuah sedan segmen-B+ dan kita tahu Daihatsu sememangnya mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kereta kompak dalam segmen A dan B. Dikhabarkan model konsep awal Projek Kereta Nasional Ketiga yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta bakal dipertontonkan pada hujung bulan ini.

Prototaip skala penuhnya pula bakal diperkenalkan pada bulan Mac 2020, manakala model produksinya bakal dilancarkan setahun selepas itu. Model sedan itu bakal menggunakan enjin petrol yang Cekap Tenaga (EEV) dan mungkin juga ditawarkan dalam versi hibrid elektrik (PHEV).

Kita nantikan perkembangan selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu
JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply