ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia buka tempahan model Civic e:HEV RS

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia secara rasmnya hari ini mula membuka tempahan bagi model Civic varian RS dengan rangkaian kuasa e:HEV. Ini kali pertama rangkaian kuasa 2.0L e:HEV diperkenalkan pada model Civic dan juga Honda Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, generasi ke-11 Civic yang diperkenalkan awal tahun ini telah terjual lebih dari 6,000 unit dari bulan Januari hingga September 2022.

Tambahnya, bagi mengukuhkan lagi kedudukan Civic dalam pasaran, pihaknya begitu teruja untuk memperkenalkan varian baharu ini.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Rangkaian kuasa 2.0L e:HEV ini mampu menjana output kuasa sebanyak 184PS dan 315Nm daya kilas. Ia dipadankan bersama transmisi e-CVT dan Unit Kuasa Pintar (IPU) yang dikuasakan oleh bateri lithium-ion yang ringan dan kompak, dengan kecekapan penyimpanan dan pengecasan tertinggi.

Civic e:HEV RS tampil dengan penggayaan RS yang sporty dan segak. Rekaan luarannya memperlihatkan ‘Tanda H Biru’ yang unik dan jeriji hadapan kemasan krom yang cukup bergaya serta sporty. Melengkapi penampilan luaran adlah rim aloi 18-inci dengan kemasan dwitona.

Buat pertama kalinya juga, Kad Kunci diperkenalkan pada model Civic e:HEV RS yang berfungsi sebagai kemasukan tanpa kunci dan penghidup, dalam bentuk yang lebih kompak dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Paparan Audio Termaju bersaiz 9-inci dengan Apple CarPlay™ nirwayar dan ciri Penghidup Enjin Kawalan Jauh.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Dalam aspek keselamatan pula, Civic e:HEV RS ditawarkan secara standard dengan ciri Honda SENSING yang merangkumi:

  • Sistem Pemberitahuan Kereta Di Hadapan (LCDN)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Ikut Kelajuan Rendah (LSF)
  • Sistem Brek Tebatan Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Cegah Terbabas (RDM)
  • Amaran Berlepas Lorong (LDW)
  • Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB)

Pelanggan boleh melayari prebook.honda.com.my atau memuat turun aplikasi HondaTouch di telefon pintar untuk membuat tempahan Civic e:HEV RS.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan juga boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply