ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bina 20 stesen pengecas DC tahun depan, bakal bangunkan NEV sendiri

Berita Tempatan

Views

Anak syarikat Proton yang mengendalikan kenderaan tenaga baharu (NEV), Proton New Energy Technology (PRO-NET), hari ini bertukar dokumen perjanjian dengan Gentari Sdn Bhd (Gentari), anak syarikat tenaga bersih Petronas, di Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2022.

Pertukaran dokumen dilakukan antara Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang dan Shah Yang Razalli, Ketua Peralihan Penyelesaian Tenaga Bersih di Petronas bagi pihak Gentari.

Selepas menandatangani perjanjian pengedaran am dengan smart pada bulan Ogos dan mengumumkan pembentukan PRO-NET pada bulan September, Proton merancang untuk membina 20 stesen pengecas DC pada tahun 2023.

PRO-NET akan menyediakan lokasi pengecasan dan kemudahan kuasa, manakala Gentari bakal menyediakan infrastruktur pengecasan dan penyelesaian pengendali.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Selain itu, Proton akan bekerjasama dengan smart, melalui anak syarikatnya, untuk memastikan tawaran EV mereka sepadan dengan profil penggunaan pembeli EV di Malaysia.

Seramai 16 jurutera akan dihantar ke China selama enam bulan untuk dilatih dalam Penyelidikan & Pembangunan (R&D), menguji prestasi kenderaan, homologasi dan pelbagai ujian dengan tujuan untuk membina dan menjual NEV tempatan.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, sebagai jenama automotif nasional, Proton harus menerajui pembangunan ekosistem EV di Malaysia dengan melabur dalam pengetahuan dan kepakaran untuk menangani bidang yang mereka kurang berpengalaman.

Penyelidikan terhadap pemilikan EV menunjukkan trend di mana pengguna mengutamakan aplikasi lain berbanding pembeli kereta tradisional.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Ketersambungan, pemanduan autonomi dan OTA amat penting dan memandangkan keperluan servis kenderaan sedemikian juga berbeza, pelanggan mengharapkan pengalaman jenama yang baik bagi jualan baharu dan selepas jualan.

PRO-NET kini sedang mempertimbangkan beberapa pilihan, dan ini terdiri daripada kedai tradisional hingga pusat pengalaman jenama bandar serta menggunakan portal dalam talian untuk menjual atau memajak kenderaan.

Tambah Roslan Abdullah, Proton juga menjangka pelanggan NEV mempunyai faktor pendorong yang berbeza berbanding dengan pembeli kereta tradisional.

Oleh itu, pihaknya mahu mencipta pengalaman baharu yang memenuhi keperluan mereka. Justeru, PRO-NET akan merekrut pengedar baharu secara aktif dan mengalu-alukan cadangan inovatif untuk pengalaman jenama dan transaksi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply