ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia lancar HR-V serba baharu – Tiga pilihan trenkuasa, harga dari RM114,800

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan model HR-V serba baharu. Empat pilihan varian ditawarkan dengan tiga pilihan trenkuasa.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ignite Red Metallic (warna baharu), Meteoroid Gray Metallic (warna baharu), Rose Black Metallic, Lunar Silver Metallic dan Platinum White Pearl.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, HR-V setakat ini telah menerima 20,000 tempahan dan dijangkakan tempoh menunggu mencecah sehingga 12 bulan, bergantung kepada varian.

Berikut adalah varian dan harga bagi Honda HR-V 2022 (harga atas jalan dengan cukai jualan, tanpa insurans):

  • Honda HR-V 1.5 S – RM 114,800
  • Honda HR-V 1.5 E – RM 129,800
  • Honda HR-V 1.5 V – RM 134,800
  • Honda HR-V 1.5 RS e:HEV – RM 140,800

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Varian paling asas iaitu S dijana oleh enjin 1.5 liter Aspirasi Alami (NA) i-VTEC DOHC yang menghasilkan output sehingga 121 PS dan 145 Nm daya kilas.

Varian E dan V pula dijana oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbo yang menhasilkan 181 PS dan 240 Nm daya kilas. Kesemua model dengan enjin NA dan Turbo ini dipadankan dengan transmisi CVT.

Untuk varian andalan iaitu RS e:HEV, ia dikuasakan oleh 1.5 liter hibrid e:HEV i-MMD yang menjana 131 PS dan 253 Nm daya kilas.  Enjin NA kitaran Atkinson ini akan bertindak selaku generator serta menghasilkan 107 PS dan 131 Nm daya kilas.

Varian RS, V dan E turut ditawarkan dengan pilihan mod pemanduan NORMAL, SPORT dan ECON yang boleh diubah menerusi Drive Mode Selector.

Dari segi penggayaan, HR-V 2022 tampil dengan rekaan serba baharu dengan gayaan luaran seperti sebuah model ‘fastback‘. Antara elemen unik rekaan model ini ialah lampu signal LED berurutan, lampu depan LED dengan lampu siang (DRL), lampu kabus LED dan rim aloi bersaiz 18-inci (bergantung kepada varian).

Di ruang kabin, ia memperlihatkan susun atur yang moden dan kemas, dengan kemasan fabrik bagi varian S dan E, manakala varian V dan RS dibaluti dengan kemasan kulit.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Paling menarik adalah sistem pelarasan pendingin hawa Air Diffusion System, selain bukaan pintu belakang bebas-tangan dengan fungsi Walkaway Close serta penghidup enjin kawalan jauh dan ciri Walk Away Auto Lock.

Dari segi keselamatan, HR-V 2022 dilengkapi dengan Honda LaneWatch dan Honda SENSING (standard untuk semua varian).

Ciri-ciri Honda SENSING terdiri daripada:

  • Notifikasi Berlepas Kereta Di Hadapan (LCDN)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Ikut Halaju Rendah (LSF)
  • Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Penghindar Terbabas (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan Honda CONNECT dan ditawarkan dengan waranti selama 5 tahun tanpa had perbatuan. Untuk bateri varian e:HEV RS, ia turut dilindungi dengan waranti selama 8 tahun tanpa had perbatuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply