ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely tayang wajah sebenar Xingyao (FX11) – Pengganti Boyue (Atlas) dan Proton X70 bakal dilancarkan Ogos ini

Berita Global

Views

Geely akhirnya mendedahkan wajah sebenar SUV baharu mereka yang dikenali sebagai Xingyao di China. Model yang sebelum ini menggunakan namakod FX11 dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA).

Media China sebelum ini membuat spekulasi yang mengatakan FX11 disebut-sebut sebagai pengganti kepada Geely Boyue atau Proton X70 di Malaysia.

Boyue merupakan model Geely terlaris di China dalam tempoh beberapa tahun, namun jualannya semakin merudum sejak Ogos 2021.

Menurut portal CarNewsChina, pada bulan Mei, hanya 10,707 unit berjaya dijual, kuran 41 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Punca utamanya adalah model Boyue yang semakin ‘dimamah usia’. Sejak mula diperkenalkan pada 2016, ia telah mengalami beberapa perubahan kosmetik, namun masih belum ada generasi yang seterusnya.

Xingyao (FX11) menampilkan reka bentuk luaran diilhamkan daripada model konsep Vision Starburst dengan gaya yang futuristik.

Ia menggunakan kombinasi jeriji besar bersama lampu depan LED dan jejalur lampu siang (DRL) pada bahagian depan.

Di belakang, ia menampilkan rekaan lampu yang unik dan anda masih lagi dapat melihat elemen rekaan pada model Boyue semasa terutama pada bentuk siluet keseluruhannya.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Kita juga dapat melihat emblem di sebelah kiri belakang yang tertera ‘吉利汽车’ (Jili Qiche) membawa maksud ‘Geely Auto’, manakala emblem sebelah kanan pula tertera ‘星耀’ (Xingyao) yang bermaksud ‘Bintang Berkelipan’.

Untuk pengetahuan anda, kesemua model Geely yang dibangunkan dari pelantar CMA akan menggunakan karektor ‘星’ (Xing atau Bintang) pada namanya, sebagai contoh Xingyue, Xingyue L dan Xingrui.

Xingyao (FX11) akan dijana oleh enjin 1.5-liter turbocas petrol dan motor elektrik yang mampu menghasilkan output mencecah 317 kuasa kuda.

Ia juga mempunyai jarak hibrid melebihi 1,000km. Geely bakal menghasilkan SUV kompak ini di kilang pengeluaran Chunxiao yang terletak di Bandar Ningbo, Wilayah Zhejiang.

Geely FX11 bakal membuat kemunculan sulungnya di Chengdu Auto Show yang akan bermula pada 26 Ogos nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply