Honda Malaysia terus komited untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan dengan menambah rangkaian Pusat Badan dan Cat (BP) di cawangan pengedarnya. Tahun ini, mereka telah membuka sebanyak enam buah pusat BP yang telah mula beroperasi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 28 buah.
Pengembangan pusat BP ini adalah sejajar dengan halatuju syarikat untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan dengan memenuhi pelbagai kehendak mereka di bawah satu bumbung. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata mereka kini berusaha untuk memberikan lebih banyak kemudahan selepas jualan kepada pelanggan dengan mengembangkan rangkaian pusat BP.
Katanya, usaha ini dijangka memenuhi permintaan selain menawarkan perkhidmatan selepas-jualan berkualiti tinggi dan antara faedah yang diterima pelanggan adalah juruteknik yang mahir dan persekitaran yang kondusif. Semua pusat pengedarnya turut dilengkapi dengan fasiliti dan peralatan canggih bagi memastikan kenderaan pelanggan dijaga dengan baik.
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
Selain tu, Honda Malaysia menawarkan produk berkualiti di pusat BP, ini termasuklah cat Waterborne, yang merupakan produk mesra alam selain alat ganti tulen Honda yang disahkan oleh Honda Motor Co., Ltd. Mereka juga bekerja dengan lebih rapat dengan para pengedar untuk memberikan pengalaman pelanggan terbaik bermula dari jualan hingga ke selepas-jualan.
Honda Malaysia telah mengekalkan perkembangan jualan secara konsisten sepanjang 5 tahun lalu, yang menyaksikan peningkatan 30 peratus secara purata bermula dari 2014 hingga 2018. Ini sekaligus diterjemahkan kepada peningkatan dalam pengambilan perkhidmatan selepas-jualan. Setakat Oktober 2019, mereka telah merekodkan lebih 36,000 pengambilan perkhidmatan selepas-jualan, naik 40 peratus berbanding tahun lalu.
Pusat BP merupakan pusat sehenti Honda yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan, pembaikan kenderaan kemalangan, mengecat, pemeriksaan kualiti selepas penyelenggaraan dan banyak lagi. Ia juga menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk tuntutan insuran dan membantu proses tersebut.
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
Pusat ini turut diselia oleh juruteknik yang mahir dan mereka telah menjalani latihan khusus bagi memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan, selain memastikan segala kerja pembaikan dan penyelenggaraan dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Semasa latihan, Honda Malaysia menggariskan kepentingan untuk mempunyai pendekatan profesional dan menyeluruh terhadap pelanggan dari segi taklimat dan penjelasan proses sebelum memulakan kerja.
Berikut adalah senarai Pusat Badan dan Cat Honda diseluruh negara:
Pengedar Lokasi | |
Wilayah Tengah | |
Actmar Sdn. Bhd. | Klang, Selangor |
HZN Cars Sdn. Bhd. | Shah Alam, Selangor |
Imavest Sdn. Bhd. | Kajang, Selangor |
Kah Motor Co.Body & Paint Centre Sdn. Bhd. | Jalan Ipoh, Kuala Lumpur |
MJN Motors Sdn. Bhd. | Cheras, Selangor |
Peringgit Auto Services Sdn. Bhd. | Puchong, Selangor |
Roda BB Motors Sdn. Bhd. | Segambut, Kuala Lumpur |
SAG Ultimate Sdn. Bhd. | Semenyih, Selangor |
Sri Utama Sdn. Bhd. | Wangsa Maju, Kuala Lumpur |
Tenaga Setia Resource Sdn. Bhd. | Petaling Jaya, Selangor |
Tiong Nam Motor (Body & Paint) Sdn. Bhd. | Klang, Selangor |
USJ Car Express Sdn. Bhd. | Subang Jaya, Selangor |
Wilayah Utara | |
Delima Kinta Sdn. Bhd. | Taiping, Perak |
Kah Motor Co. Sdn. Bhd. | Sg Pinang, Penang |
JM Motor Services Sdn. Bhd. | Bukit Minyak, Penang |
Lee Motors SP (Car Div) Sdn. Bhd. | Sungai Petani, Kedah |
Tian Siang Auto Care Sdn. Bhd. | Ipoh, Perak |
Tian Siang BP (Manjung) Sdn. Bhd. | Sitiawan, Perak |
Vimal Bodyworks Sdn. Bhd. | Jitra, Kedah |
Wilayah Selatan | |
Ban Lee Heng Motor Sdn. Bhd. | Seremban, Negeri Sembilan |
Kah Motor Co. Sdn. Bhd. | Cheng, Melaka |
Kah Motor Co. Sdn. Bhd. | Tebrau, Johor Bahru |
K.M. Lim Motor Sdn. Bhd. | Batu Pahat, Johor |
Yong Ming Motor Sdn. Bhd. | Johor Bahru, Johor |
Wilayah Pantai Timur | |
Ban Chu Bee Body & Paint Sdn. Bhd. | Kota Bharu, Kelantan |
Chuan Thye BP Sdn. Bhd. | Temerloh, Pahang |
Macinda Auto Sdn. Bhd. | Kuantan, Pahang |
Malaysia Timur | |
Jimisar BP (Bintawa) Sdn. Bhd. | Kuching, Sarawak |
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
KOMEN TERKINI