ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lexus UX 200 – Crossover kompak mewah dengan gaya yang memikat

Berita Tempatan

Views

Lexus UX 200 serba baharu telah tiba! SUV kompak pertama Lexus ini direka dan dibangunkan dengan matlamat untuk menggabungkan kepelbagaian penggunaan sebuah SUV dengan gaya sebuah hatchback. Ada beberapa perkara baharu yang pertama kalinya ditampilkan pada model ini, misalnya pencahayaan yang menerangi corong pendingin hawa dengan menggunakan getaran elektromagnetik, pertama seumpamanya di dunia, .

Gabungan lampu belakang juga sangat unik, diilhamkan daripada spoiler belakang jentera lumba, Lampu Bilah Penstabil Aero LED yang digunakan bertindak sebagai spoiler aerodinamik di samping memberikan perwatakan imej yang berbeza kepada Lexus UX.

Suis audio yang diletakkan secara pintar pada bahagian bawah perehat tapak tangan, dengan kemasan diilhamkan oleh kertas washi pada sebahagian rekaan, soket aksesori pop-up, enjin baru 2.0L yang dibangunkan khusus untuknya serta transmisi Direct-Shift CVT menjadi antara ciri yang pertama kali ditampilkan pada kenderaan Lexus.

Timbalan Pengerusi Lexus Malaysia, Akio Takeyama berkata, model ini sarat dengan teknologi dan kehalusan buatan serta kejuruteraan kreatif yang dicetuskan oleh pasukan yang diterajui oleh Ketua Jurutera wanita pertama Lexus. Ia dihubungkan secara halus dengan semangat senibina tradisional Jepun.

Reka bentuk model ini menggunakan konsep “Urban Explorer“, yang menggabungkan kekuatan dengan kehalusan serta penggayaan dan fungsi di dalam bentuk kompak yang sporty yang memikat. Ia menampilkan rekaan luaran yang begitu menonjol dengan garis-garis mengalir, tajam, permukaan yang dibentuk secara terperinci serta jeriji gelendong (spindle grill) yang khusus.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Profil aerodinamiknya diperlengkap dengan gabungan lampu belakang yang mengalir sehingga ke bahagian spoiler, sementara rim bersaiz besar pula memberikan imej tegap. Melangkah ke dalam kabin Lexus UX 200 Luxury, sesiapa pun akan terpesona dengan ketinggian kualiti yang disediakan oleh ruang berkenaan, mengambil ilham daripada unsur-unsur kehalusan pembuatan Jepun.

Kemasan ruang dalamannya diinspirasikan dari kertas Jepun, dikenali sebagai washi, yang biasa kelihatan di dalam rumah tradisional, terutama pada pintu shoji. Sulaman sashiko – teknik tradisional Jepun yang dikenali kerana ketahanannya dan kerap ditemukan dalam pakaian judo dan kendo turut digunakan secara meluas pada balutan kulit yang digunakan di dalam Lexus UX 200 Luxury.

Dihasilkan oleh tukang Takumi, kulit yang disulam itu dihiasi oleh corak liang yang mempertemukan seni dan fungsi bagi menyerikan lagi penampilan tempat duduknya. Turut hadir bersama kehalusan dalaman kabin UX ini ialah gabungan aspek dinamik yang terbaik dan kemewahan sebuah sedan dengan kedudukan yang lebih tinggi serta karektor crossover yang pelbagai.

Lexus UX memberi lebih tumpuan kepada pemandu, dengan memberikan keyakinan dan kawalan sepanjang masa ketika di atas jalan, disumbangkan juga oleh konsep “Seat-in-Control” yang dipinjam daripada LC 500. Pemandu juga memiliki penglihatan yang lebih jelas dan luas disebabkan rekaan bahagian panel instrumen seperti yang ada padanya.

Lexus juga melengkapkan model UX dengan dengan ciri Lexus Remote Touch Interface (RTI) yang menampilkan sistem antara muka responsif, seperti operasi perisian telefon pintar. Semua varian lengkapi dengan AppleCarPlay dan Android Auto, memudahkan lagi capaian dan penggunaan aplikasi dari telefon.

Crossover kompak ini menggunakan platform Global Architecture-C terkini, yang menawarkan maklum balas pemanduan dengan dinamik yang terbaik dan menjadikan pengalaman memandu sesuatu yang sangat menyenangkan. Ia dilengkapi enjin 2.0L NA empat-silinder sebaris, 16-injap petrol berkecekapan tinggi yang menghasilkan 169 kuasa kuda.

Ia digandingkan dengan kotak gear CVT Direct-Shift 10-kelajuan yang memberikan janaan kuasa yang cemerlang, penjimatan bahan api serta lebih mesra alam. Lexus UX 200 baharu juga dilengkapi dengan Lexus Safety System + (LSS+) yang memanfaatkan beberapa sensor, kamera dan sistem canggih lain untuk membantu menghindarkan perlanggaran melalui amaran serta tindakan separa-autonomi.

Antara ciri-ciri keselamatan LSS+ adalah Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Dinamik Radar (DRCC) dengan fungsi Stop & Go dan Bantuan Pengesan Lorong (LTA) serta Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS). Ujar Presiden Lexus Malaysia, Ravindran K, model ini mewakili semua perkara yang diinginkan oleh pemandu, dari barisan teknologi, estetika, kehalusan kerja serta pakej mewah dalam satu kenderaan yang memberikan keseronokan pemanduan.

Untuk pasaran Malaysia, Lexus UX 200 ditawarkan dengan tiga pilihan varian, termasuk UX Urban, UX Luxury dan UX F-Sport. Setiap satunya menampilkan ciri dan fungsi termaju operasi pintu ruang barangan tanpa menggunakan tangan, pengecas tanpa wayar serta cermin panoramik. Harga bermula RM243,888 dan didatangkan dengan jaminan lima-tahun menyeluruh tanpa had perbatuan.

Berikut adalah senarai varian dan harga model Lexus UX 200:

  • Lexus UX 200 Urban – RM243,888.00
  • Lexus UX 200 Luxury – RM283,888.00
  • Lexus UX 200 F-Sport – RM299,888.00

Sokongan lepas jualan sepenuhnya juga disediakan melalui tujuh lokasi seluruh negara, dengan juruteknik profesional dan terlatih sentiasa bersedia untuk melayani keperluan pelanggan Lexus. Sila kunjungi mana-mana bilik pameran Lexus dari 7 hingga 8 Mac untuk memandu uji Lexus UX 200 serba baharu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Perse

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply