ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia tawar tiga ganjaran bernilai sehingga RM10,000 sempena Tahun Baharu Cina

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia memulakan dekad baharu dengan kempen “2020 Bermula Sekarang” sempena kedatangan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. Kempen ini menawarkan tiga ganjaran yang bernilai sehingga RM10,000 yang merangkumi Rebat Kemakmuran, Bonus Extra RM888 dan Hadiah Eksklusif.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Pelanggan hanya perlu mendaftarkan kereta Honda mereka antara 1 hingga 31 Januari 2020 untuk layak menerima ganjaran hebat ini. Antara model yang ditawarkan dengan ganjaran ini adalah Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, HR-V, HR-V Hybrid, BR-V, CR-V dan Odyssey. Dari segi jualan, Honda Malaysia mencatatkan lebih daripada 78,000 unit jualan dari Januari hingga November 2019. Selain itu, mereka turut mengekalkan kedudukan sebagai jenama kereta Bukan-Nasional Nombor 1 setakat November 2019.



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Model segmen-B, City menjadi penyumbang terbesar dengan 36 peratus, diikuti model SUV Kompak HR-V dengan 19 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia setakat November 2019. CR-V pula menjadi penyumbang ketiga terbesar dengan 14 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan. Honda Malaysia meneruskan usaha dalam mempertingkatkan perkhidmatan selepas jualan dengan menempatkan pusat pengedar di kawasan yang berbeza bagi memudahkan pelanggan.

Pada masa yang sama, Honda Malaysia turut menawarkan perkhidmatan yang lebih baik di cawangan pengedar dan setakat ini mereka mempunyai 100 buah cawangan pengedar di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih lanjt mengenai kempen “2020 Bermula Sekarang”, kunjungi mana-mana cawangan pengedar Honda atau hubungi talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply