Dikala menteri kita masih ‘dok sembang’ mengenai kereta terbang atau sebenarnya super dron E-Hang 216 (EH216) buatan China, negara jiran kita Indonesia dalam diam-diam telah membangunkan super dron buatan sendiri. Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) telah melancarkan dron pengangkut manusia yang dihasilkan oleh PT Aeroterrascan dan PT Chroma International semasa AeroSummit 2019 di Jakarta, tahun lalu.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
Dron ini dilengkapi dengan 16 kipas, dengan diameter setiap bilah kipas 80cm. Dadali boleh terbang sehingga ketinggian 40 meter dari paras laut. Ia boleh terbang sendiri tanpa bantuan juruterbang dan penumpang hanya perlu menetapkan destinasi mereka sahaja.
Kenderaan satu tempat duduk ini mampu menampung beban sehingga 120 kilogram dan buat masa ini pihak PT Aeroterrascan dan PT Chroma sedang membangunkan dron ini untuk tugasan penghantaran kargo dan logistik sehingga ia mampu menghantar barangan ke wilayah kepulauan selain mampu merentasi perairan Indonesia.
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
Pada masa akan datang, dron ini akan diperluaskan untuk kegunaan kesihatan, seperti membawa seorang pesakit yang terlibat dalam bencana. Selain dari pesakit, ia juga boleh membawa sehingga 50kg peralatan sokongan perubatan. Dron ini hanya memerlukan kawasan seluas 3.5m x 3.5m untuk membuat pendaratan.
* Ramai juga warga Indonesia yang mengecam idea ini, tapi pada kami setidak-tidaknya nampak juga hasil ciptaan itu di depan mata dan ia bukannya projek ‘celup’ semata-mata.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
KOMEN TERKINI