Ini merupakan foto acah rasmi pertama Honda Accord generasi ke-11 (2023) yang bakal membuat kemunculan pada bulan November.
Hanya tiga foto yang disiarkan, memaparkan muncung depan, bahagian belakang dan juga unit infohibur baharu dengan skrin bersaiz 12.3 inci, paling besar pernah wujud dalam model keluaran Honda setakat ini.
Selain itu, Honda berkata model ini bakal dilengkapi dengan rangkaian kuasa hibrid yang lebih responsif dan seronok untuk dipandu.
Reka bentuk muncung hadapannya kini lebih kemas dan ringkas dengan jeriji heksagon melintang berbucu tajam, manakala lampu siang (DRL) diposisikan pada bahagian atas lampu utamanya.
Di belakang, ia tampil dengan lampu rekaan memanjang bersama jejalur LED yang bersambung dan logo ‘H’ berada di tengah.
Ke dalam kabin, ia hanya memberi imbasan konsol tengah papan pemuka dengan hanya memaparkan paparan unit infohibur besar dan kelihatan tiada lagi butang-butang fizikal.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Hanya satu tombol kecil di bawah skrin tersebut yang mungkin untuk mengawal kelantangan audio. Di sebelahnya pula kelihatan panel meter jenis digital sepenuhnya.
Pada bulan Julai lalu, beberapa imej paten Accord 2023 telah tertiris dari laman sesawang Brazilian National Institute of Industrial Property.
Jika dibandingkan dengan foto acah dan imej paten yang bocor itu, jelas ada persamaan dan tidak syak lagi ia memang reka bentuk sebenar Accord 2023.
Rangkaian kuasa Accord 2023 buat masa ini masih lagi misteri. Untuk pasaran Malaysia, model semasa dijana oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang lebih berkuasa dari enjin 2.4L, dengan 201PS dan 260Nm daya kilas.
KLIK UNTUK BESARKAN
Imej paten Honda Accord 2023
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI