ARKIB

KATEGORI

Imej Paten

Imej paten Honda Accord generasi baharu bocor

Imej Paten

Views

Beberapa foto yang memaparkan imej paten Honda Accord generasi baharu mula tersebar di beberapa portal permotoran seantero dunia. Foto imej paten ini telah diperolehi dari Brazilian National Institute of Industrial Property.

Menerusi imej paten tersebut kita sudah dapat melihat gambaran awal generasi ke-11 Accord yang masih mengekalkan lengkung bumbung gaya ‘fastback‘ pada model semasa.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Model ini turut membawa kesinambungan gaya reka bentuk model sedan Honda di pasaran seperti City dan juga Civic.

Pada ketika ini, pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Honda sedang rancak menguji model berkenaan dan ia telah beberapa kali dikesan oleh orang awam sekitar Eropah.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Untuk pasaran Malaysia, ia dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang lebih berkuasa dari enjin 2.4L, dengan 201PS dan 260Nm daya kilas.

Ia turut dilengkapi dengan teknologi Honda SENSING yang paling menyeluruh serta mendapat penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP.

Honda juga mengesahkan yang mereka bakal menawarkan varian hibrid untuk model baharu ini dan ia dijangka tiba di Amerika Syarikat pada tahun depan sebagai model 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply