ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda N7X Concept beri bayangan awal BR-V generasi baharu

Berita Global

Views

Buat julung kalinya, Honda memperkenalkan model konsep tujuh-tempat duduk terbaharunya menerusi acara yang dilangsungkan secara maya di Jakarta, hari ini. Model yang dikenali sebagai “New 7 Seater eXcitement (N7X)” itu telah dibangunkan oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd., berdasarkan maklum balas daripada pelanggan dari pelbagai negara, termasuk di Indonesia.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Ia menggandingkan kombinasi kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mencetuskan kenderaan tujuh-tempat duduk yang sempurna untuk dipandu di pelbagai keadaan jalan. Model ini juga menawarkan prestasi pemanduan yang mantap, selesa, premium dan lapang dari sebuah MPV dengan kelasakan dan gaya sebuah SUV.

Rekaan luaran N7X Concept menampilkan rekaan yang tegap dengan garis badan yang tajam dan rim yang bersaiz besar. Ia sememangnya disasarkan kepada keluarga generasi-X dan dirancang untuk memberikan kebanggaan dan kemudahan buat pemiliknya.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Jika anda perasan, model ini ada menggunakan beberapa komponen pada model City, paling ketara sekali adalah rekaan lampu belakangnya.  Menurut Takehiro Watanabe, Presiden dan Pengarah PT Honda Prospect Motor, N7X adalah manifestasi mereka tentang bagaimana seharusnya sebuah kenderaan tujuh-tempat duduk.

Beliau turut berbangga kerana menjadikan Indonesia sebagai negara pertama untuk memperkenalkan N7X Concept. Buat masa ini N7X Concept dipamerkan untuk tatapan umum di Dreams Cafe by Honda bertempat di Aras Bawah Mall Senayan Park, Jakarta, sehingga 6 Jun 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply